Followers

Thursday, February 23, 2012

SAHABAT, MARI BERHENTI SEJENAK...

Sahabat,


Mari kita berhenti sejenak, kerana daku sebagai sahabatmu, ingin bertanyakan sesuatu tentang dirimu.Apakah matlamat hidupmu wahai sahabatku..Adakah engkau tahu bahawa kehidupan di dunia ini hanya permainan semata-mata? Maafkan diriku kerana daku bertanyakan hal-hal sedemikian. Tetapi, aku risau jika sebuah kisah yang ada dihati ku ini tidak diketahui oleh dirimu, wahai sahabatku. Aku takut jika di akhirat kelak, engkau memanggil ku sebagai penderhaka kepada sahabat kerana aku tidak pernah memberitahumu satu perintah dan kisah yang jelas aku ketahui ketika aku berada dikehidupan bumi. Walau engkau selalu mengelarkanku dengan ungkapan yang baik, tetapi aku gusar jika tanggapan mu itu salah kerana diri ku ini juga selalu alpa. Wahai sahabat, adakah engkau mahu mengetahui perintah dan kisah tersebut?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...