Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah,segala pujian hanyalah buat Dia,Tuhan yang
menciptakan segala kejadian di langit mahupun di bumi. Setinggi-tinggi kesyukuran juga dirafakkan ke atas Nya atas nikmat terbesar dalam hidup iaitu nikmat mandan
Islam. Sebelum itu,diucapkan selamat menempuh kehidupan baru sebagai mahasiswa/i Universiti Teknikal Malaysia Melaka buat semua mahasiswa/i kemasukan baharu sesi 2013/2014. Tahniah kerana
berjaya menyambung pengajian di peringkat universiti!.
REALITI
“kau tak payah nak bajet baik sangatlah, kau tu dah confirm-confirm
ahli neraka…”
“kau ni sampah masyarakat betul. Dah tau
diri tu lelaki,bersifatlah macam lelaki. Tak cium bau syurga kot kalau jadi pondan ni…”
Pernah dengar dialog-dialog di atas?
ATAU
Pernah keluar dari mulut sendiri kata-kata tersebut?
Tak perlu pandang kiri kanan atas bawah , point pada diri sendiri.
Kalau pernah keluar dari mulut sendiri,istighfarlah..istighfar..
SIAPA KITA UNTUK
MENGHUKUM?
KAU INGAT KAU SIAPA NAK MENGHUKUM ORANG NI SYURGA,ORANG TU
NERAKA?
KAU INGAT KAU TU CONFIRM SANGAT KE MASUK SYURGA KALAU AMAL
KAU BANYAK?
JANGAN NAK PERASAN SANGAT…
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Janganlah kita sesekali menghukum insan-insan di
sekeliling kita…kerja kita bukan menghukum sebaliknya kerja kita adalah menyeru mereka untuk kembali ke jalan
yang benar.Yang berhak menghukum hanyalah
Allah. Kadang-kadang kita ni cakap je lebih,tapi apa je tindakan yang kita sudah
ambil untuk membawa mereka pulang ke jalan Tuhan?
Sebenarnya ada dalam kalangan teman-teman sekeliling kita yang bergelumang dengan dosa melakukannya dalam keadaan mereka tidak mengetahui atau bahasa mudahnya dalam keadaan yang jahil. Contohnya ada sahabat yang tak solat, pernah kita tanya sebab apa dia tak solat? Bila ditanya , rupa-rupanya dia memang tak diajar sejak kecil mengenai solat oleh keluarganya. Mungkin ada yang tak menutup aurat disebabkan tidak mengetahui wajib keatas kita menutup aurat. Dan boleh jadi, ada dalam kalangan sahabat kita ni teringin nak berubah tetapi sayang tiada siapa yang ingin mendorong dan menyokongnya. Jadi,jangan hanya cakap lebat, tapi apa pun tak buat. Nak mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah boleh dilakukan mengikut amarah, tetapi ia perlu dilakukan secara berhikmah. Takut kepada Allah, berharaplah sepenuhnya kepadaNya.

KITA SEMUA ADALAH PENDOSA…
Ya,kita semua adalah pendosa.
Saya yang menaip entry ini, anda dan mereka, kita semua adalah pendosa. Baik yang
bergelar ustaz, bertudung labuh, semua tidak lari dari melakukan dosa kerana
kita dan mereka bukannya maksum atau terpelihara dari dosa seperti para nabi. Untuk kita pendosa, harapan masih ada.
Selama mana nyawa masih belum sampai ke kerongkong, dan Kiamat belum tiba, kita masih ada peluang untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya.
Sebaik-baik pendosa adalah yang menyesali dosa-dosanya.
Firman Allah S.W.T.,
“Wahai hamba-hambaKu yang
melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat
Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang
Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah az-Zumar, ayat 53)
Segala yang tercatat hanyalah buah fikiran dari Nya namun mana yang
buruk disandarkan pada kelemahan diri sendiri yang
banyak cacat celanya. Wallahua’lam. Moga Allah redha.
SITI ZAINURIAH BINTI MOHD KAMARUDIN
EXCO PERHUBUNGAN FAKULTI DAN KOLEJ KEDIAMAN
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
EXCO PERHUBUNGAN FAKULTI DAN KOLEJ KEDIAMAN
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA