Followers

Monday, December 3, 2012

ANNUAL GRAND MEETING BADAR UTeM 2011/2012

Assalamualaikum....

           Dengan berbesar hati, kami diperingkat pimpinan Badan Dakwah & Rohani (BADAR) ingin mempelawa mahasiswa/wi UTeM untuk bersama-sama menjadi pimpinan pada sesi 2012/2013.

Oleh itu, kepada yang berminat, boleh mengisi borang pencalonan yang akan disertaikan di bawah ini. 

# Hanya senarai pendek akan dipilih untuk pencalonan..




Wednesday, November 28, 2012

:: GEMPAQ 2012 ::

Tepat jam 2.30 petang 25 november 2012 tamat lah sudah kem GEMPAQ (Generasi Pemuda Al-Quran) yang diadakan di Tapak Perkhemaham Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Walaupun berpenat lelah sepanjang berprogram di Taman Botanikal, namun, segala penat lelah tersebut berbaloi dengan sebakul ilmu yang dibawa pulang untuk diamalkan di rumah. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua sahabat2 UTeM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Panjang umur, kita bertemu lagi didalam kem2 yang akan datang, insyaAllah..

~uhibbukum fillah~

#sekadar bingkisan kenangan... sekiranya ingin melihat dengan lebih lagi, boleh la ke FB kami di BADAR UTEM

pembahagian ahli kumpulan

makan.. makan.. makan.. :D

khusyuk mendengar.. ;)

para muslimat solehah.. amin... ;)

eh?? termenung pula adik kita ni..


persoalan?? ajukan.. ;)

haa... cek tag nama.. ;)

wahh.. berkaliber muslimin group ni.. ;)

walaupun letih, tapi mampu tersenyum.. ;)

terakhir dari kami... :D


Thursday, November 22, 2012

::GEMPAQ!! kembali berprogram bersama BADAR::

Setelah sekian lama menyepi, kini BADAR kembali aktif.. kali ini kami menyediakan kem GEMPAQ (Generasi Pemuda Al-Quran) khas kepada anda semua sahabat-sahabat UTeM sekalian. Program ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 24 & 25 nov 2012, bertempat di tapak perkhemahan taman botanikal, ayer keroh, melaka.

Tujuan utama kami berprogram pada kali ini adalah untuk mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk mendalami cara hidup berlandaskan al-Quran, panduan dan utusan umat islam sepanjang zaman. Ramai antara kit yang terlupa dan terleka akan panduan kita yang utama tersebut. Dengan itu, kami mengambil inisiatif untuk membantu sahabat-sahabat bersama kita mendalami al-Quran, dan jadikan ianya sebagai 'manual' hidup kita.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:-

IKHWAN : 013-4078738
NURAINI : 019-5127937

#semoga kita mampu menjadi pemuda-pemudi Islam acuan Al-Quran yang gempak..



...with ukhuwah, we care...



Saturday, November 17, 2012

.: Silence Is Betrayal ( Isu Palestin kini ) :.

Baru-baru ini, kita selaku umat Islam di Malaysia khususnya dikejutkan dengan berita saudara kita di Gaza yang menerima lagi siri serangan oleh IDF ( Israel Defence Forces ) bertalu-talu sejak beberapa hari lepas tatkala kita menyambut Awal Muharram 1434H. IDF sememangnya mensasarkan individu kuat Briged Al-Qassam iaitu Komander Ja'bari dan beliau terbunuh bersama dengan anaknya apabila kereta dipandunya dibedil oleh peluru berpandu Israel.

Kini, jumlah korban semakin meningkat, turut terbunuh adalah wanita, kanak-kanak kecil dan juga bayi yang baru berumur 3 bulan. Israel, seperti biasa, menggunakan alasan ini (melancarkan serangan ke Gaza) adalah untuk mempertahankan rakyat mereka daripada HAMAS yang digelar sebagai pengganas.

Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) UTeM berkeras menolak kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Kami sepakat melihat isu ini, bukan hanya sebagai isu agama, tetapi juga melihat isu ini di kaca mata kemanusiaan. Kami :-

1. Membantah sekeras-kerasnya tindakan PM Israel, Benjamin Netanyahu, Barack Obama ( US ) dan sekutunya yang merelakan pencerobohan dan menyokong tindakan Israel.

2. Mendesak pihak berwajib ( kerajaan, pembangkan, OIC, Liga Arab, PBB , UN ) yang mempunyai suara untuk segera bersidang dan mencapai resolusi mengecam tindakan Israel.

3. Bersama-sama dengan segala pertubuhan/institusi/badan/kelab yang turut mengecam tindakan Israel yang mencabuli hak kemanusiaan di Gaza.

4. Menyeru Mahasiswa/i khususnya mahasiswa/i UTeM untuk cakna akan isu sejagat ini dan mengunakan segala kemampuan yang ada untuk menjadi penyambung lidah tentang isu ini dan juga berusaha membantu dengan segala kudrat yang ada untuk membantu Gaza ( melalui doa, sumbangan wang dan lain-lain )

5. Menyeru Mahasiswa/i khususnya mahasiswa/i UTeM untuk tidak melupakan juga saudara 1 akidah kita di Myanmar , di Syria, di Chehnya, dan saudara Islam yang ditindas di seluruh dunia. Bantulah dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita.

Kami, saf pimpinan BADAR UTeM yakin dan percaya, kemenangan Islam dan keizzahan Islam akan bersinar kembali dan kemenangan Islam itu semakin hampir. Semoga usaha kita semua, dalam segala bentuk pertolongan di berkati oleh Allah dan menjadi hujjah di hadapan Allah SWT akan usaha kita membantu saudara islam kita. Justeru, dengan bertemakan "Silence Is Betrayal" yang bermaksud "Mendiamkan diri @ senyap adalah pengkhianat" maka ayuh mahasiswa/i sekalian kita cakna tentang saudara Islam kita yang lain. Sebagaimana dengan Hadis Nabi SAW yang bermaksud

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).











Mohd Ikhwan Bin Saupi
Exco Kepimpinan Dan Dakwah
BADAR UTeM
17 Nov 2012 / 3 Muharram 1434H

Friday, October 19, 2012

UTeM BERSELAWAT

fuhhhh.... seronok, bukan??? banyak sangat pertandingan dan forum-forum yang dianjurkan oleh KPI III kali ini.. sedar tidak sedar, kita sudah pun berada di penghujung KPI III.. untuk yang terakhir kalinya, marilah sama-sama kita memeriahkan UTeM berselawat yang diadakan di tapak pesta konvo malam ini.. Ayuh!! Ayuh!! ^_^


~DAKWAH ITU CINTA~

Tuesday, October 9, 2012

TILAWAH + CITRA

Kawan-kawan!!!! mari!! mari!! kita meriahkan lagi masjid UTeM malam ini... ada pertandingan tilawah. walaupun tidak hadir sebagai peserta, hadir sebagai penonton juga banyak manfaat yang bakal diperoleh.. ;)


Anda petah berkata2??? Mari sertai kami di CITRA ORATO bagi mengasah bakat-bakat berhujah yang terpendam..


Dalam pada itu, jangan lupa untuk hantarkan penyertaan anda dalam video osem.. 
Hadiah wang tunai menanti anda.. =D

~DAKWAH ITU CINTA~

Friday, October 5, 2012

malam 1000 bunga

For ladies out there.... repeat again, LADIES only, okay...  i got something for you.. ;) 



“Dalam kelembutanmu, ketegasanmu tak tergugah.. 
Dalam penuh rasa malumu, suaramu menggegar dunia..
Di sebalik halus jemarimu, tergenggam utuh janji setia. 
Wahai bidadari syurga..kau tambat hatiku pada yang Esa…”

6/10/2012, tepat pukul 8.30 malam di auditorium cancelori, akan diadakan "ladies night"... khas untuk putri2 UTeM.. marilah sama2 kita memeriahkan "ladies night" ini.. but, WATCH OUT!!! ladies only, ok.... ;) jangan lupa tema hitam + pink... see you there, ladies!!! ..^_^..
p/s:sebarang pertanyaan, sila lawati fb kami di http://www.facebook.com/events/395280190538898/

~DAKWAH ITU CINTA~

Wednesday, October 3, 2012

forum kuch-kuch ho ta hai (KPI III)

"Kuch-kuch hota hai" atau dalam bahasa melayu bermaksud "terasa sesuatu di dalam hati” ataupun “telah terjadi sesuatu antara kau dan aku."

Sesuai dengan tajuk forum kali ini, iaitu "Kuch-kuch Hota Hai", forum ini membincangkan menganai isu yang sangat hangat diperkatakan kini, iaitu isu percintaan antara siswa dan siswi universiti. Walaubagaimanapun, setiap perhubungan yang dijalinkan hendaklah mempunyai batas-batas menurut syarak. Oleh itu, marilah beramai-ramai memeriahkan lagi forum ini untuk menggapai sebuah perhubungan yang diredhai Allah.

~DAKWAH ITU CINTA~

Friday, September 28, 2012

Karnival Penghayatan Islam III datang lagi!!!!



Karnival Penghayatan Islam atau dengan nama lainnya, KPI III datang kembali menemui segenap pelajar UTeM yang pastinya ternanti-nanti kemunculannya saban tahun. Berbeza dengan KPI yg lepas, kali ini kami menyediakan lebih lagi kepuasan kepada rakan-rakan UTeM kami. Bagi KPI III kali ini, terdapat 11  program yang dijalankan untuk kalian semua. Antaranya adalah :-

TANYALAH USTAZ
MALAM 1000 BUNGA
FORUM 'I BELIEVE'
FORUM KUCH-KUCH HO TA HAI
SOUND OF DAKWAH [S.O.D]
AYYUHA EL-SYABAB
QIRAAH
LAUNGAN BILAL BIN RABAH
CITRA ORATO
UTeM BERSELAWAT
VIDEO OSEM

Antara program yang bakal menemui segenap pelajar UTeM adalah program Sound Of Da'wah atau nama singkatannya SOD. Program S.O.D ini bakal berlangsung pada 13 oktober 2012 di ruang legar Pusat Persatuan Pelajar (PPP). S.O.D merupakan suatu pertandingan nyanyian yang tebuka KEPADA SEMUA PELAJAR UTeM. Lagu yang ingin di dendangkan tidak semestinya berbentuk nasyid. Lagu adalah mengikut kekreatifan sendiri yang penting, ianya mestilah bersifat ketuhanan dan mempunyai unsur islamik. Genre yang ingin dibawa juga tidak ditetapkan. Semuanya bergantung kepada kekreatifan anda sendiri. Sekiranya berminat boleh menghubungi SYAHIRAN di talian 0174702656. Juga boleh 'like' group kami di facebook 


Seterusnya, salah satu pertandingan yang hangat diperkatakan kini adalah Pertandingan Video Osem. Apa itu Pertandingan Video Osem?? OSEM itu sendiri bermaksud, Ordinary Student Extraordinary Muslim. bermakna di sini,  Pertandingan Video Osem merupakan suatu pertandingan bagi mencungkil bakat-bakat pengarah dalam diri pelajar-pelajar UTeM sendiri. Pertandingan ini terbuka dari 6 oktober 2012 hingga 16 oktober 2012. Jadi, para peserta boleh menghantar karya mereka pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut. Hadiah yang ditawarkan juga berupa wang tunai beserta sijil. Sekiranya berminat, boleh menghubungi KAMAL 0195456940 atau NAZMI 0194086386.  Jadi, tunggu apa lagi, bermula dari sekarang, rangkalah kumpulan penerbitan anda dan mula merakam. light!! camera!! action!!

                                           
untuk maklumat lebih lanjut, boleh like kami di http://www.facebook.com/VideoOsemUTem2012


syarat-syarat untuk Pertandingan Video Osem

#maklumat lanjut mengenai KPI III ini boleh like page rasmi KPI di http://www.facebook.com/pages/Karnival-Penghayatan-Islam-KPI-III/257447747707430

Tuesday, September 18, 2012

Pilih Jangan Tak Pilih

Bermula 15 September baru-baru ini, bermulanya kempen bagi pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UTeM sesi 2012/2013. Jika dahulunya dipanggil Pilihan Raya Kampus (PRK) tapi kini diubah kepada Pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar. Walaupun nama berbeza, tapi perkara utama yang ingin dicapai adalah sama.
             
                  Bertungkus-lumus jentera-jentera calon berkempen bagi memastikan calon mereka terpilih. Setakat yang dimaklumkan, empat fakulti yang menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Pembuatan (FKP) dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik Dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK).

                      Bila bercakap mengenai pemilihan MPP, realitinya apakah yang terlintas di fikiran kita? “ Ah lantak la, ala bukan penting pun, janji tak ganggu hidup aku,” Setuju? Sedarkah kita, dari alam kampuslah kita perlu belajar dan dididik mengenai kepentingan dalam pemilihan pemimpin yang akan memimpin kita.

Dalam konteks di alam kampus, memilih pemimpin bukan perkara yangn boleh dipandang remeh kerana calon itulah yang akan bertindak mewakili suara mahasiswa dalam menyuarakan segala masalah dan pandangan kepada pihak pentadbiran.

Sabda Nabi s.a.w :

" Sesungguhnya kalian nanti akan bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat nanti ia akan menjadi penyesalan” (HR Bukhari).

                   Calon inilah yang bakal menulis sama ada dakwat emas yang sentiasa dikenang dengan kegemilangannya atau dakwat hitam yang dikenang kerana kejatuhannya. Pemimpin merupakan lambang kekuatan, keutuhan, kedisiplinan dan kesatuan yang membawa nama universiti kita. Namun ia bukanlah sekadar lambang, tapi memerlukan kecekapan dan kelayakan untuk memimpin.

mpp (1)

Dari perspektif Islam, pemimpin diibaratkan sebagai khadim (pelayan) yakni bukan mencari kehormatan atau kemulian tapi sedia berkhidmat bagi komuniti yang dipimpin. Dia perlu berkorban lebih demi manfaat orang lain. Pemimpin juga diibarat sebagai muwajjih (pemandu) iaitu orang yang memberikan arahan pada pengikutnya berlandaskan syariat. Memimpin mengikut jalan yang selamat.

             Akhir kata, khususnya sebagai seorang muslim yang bakal memimpin, perbetulkan niat anda, letakkan matlamat anda supaya apa yang dibuat mendapat pahala dan redha Allah s.w.t. Kepada pengundi, bijaklah memilih , kerana undi kita penentu pemimpin kita. Jangan sampai ibarat pepatah
memilih kucing dalam karung” yang akhirnya mencalarkan kita semula. Wallahualam.

MOHD KHAIRUL HAFIZAN BIN NE’MAT
Yang Di-Pertua Badan Dakwah & Rohani (BADAR).
Universiti Teknikal Malaysia Melaka. (UTeM).

Saturday, September 15, 2012

Liqo’ Raya 2012

IMG_0016Alhamdulillah hari ini selesai program Liqo’ Raya 2012 yang diadakan di Madrasah Sheikhul Ariffin , Jasin Melaka. Program yang bercorak kemasyarakatan ini merupakan program pertama Badar bagi pelajar-pelajar baru sesi 2012/2013.

Program ini juga merupakan julung kalinya diadakan di madrasah tersebut. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti perkongsian bersama pelajar-pelajar di sana, riadah, serta gotong-royong memasak bersama.

IMG_0017Madrasah ini juga terkenal dengan kumpulan qasidah mereka yang biasa mendapat jemputan di TV Hijrah, MHI, dan lain-lain lagi. Sambil menjamu selera kami dihiburankan dengan pelbagai selawat dan nasyid.

Program yang berakhir pada 4.00 petang dengan majlis penyampaian sumbangan dan cenderamata kepada pihak pengurusan dan pelajar-pelajar madrasah tersebut. Diharapkan program seperti ini diperbanyakkan di masa hadapan. InsyaAllah.

Saturday, September 8, 2012

Selamat Menempuh Alam Baru Di Kampus

    

                Pertama dan selamanya marilah kita menyatakan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi nikmat Islam dan nikmat Iman. Tidak lupa juga nikmat kesihatan, yang mana dengan sihat tubuh badan banyak perkara yang berfaedah dapat dilakukan selagi mana tidak bercanggah dengan syarak. 
Alhamdulillah.

                Setelah selama seminggu berlangsungnya Minggu Haluan Siswa (MHS),pelbagai pengalaman pahit dan manis dapat diresapi oleh mahasiswa-mahasiswa baru Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  sesi 2012/2013. Seramai kira-kira 2152 orang pelajar yang berdaftar di UTeM pada sesi pengambilan kali ini. Bilangan yang ramai ini sudah tentu menambahkan lagi persaingan para mahasiwa apabila memohon pekerjaan di masa hadapan. Oleh itu, para mahasiswa haruslah memaksimumkan diri supaya terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pihak universiti terutamanya program-program yang dilakukan oleh Badan Dakwah & Rohani (BADAR) supaya dapat bersaing apabila ingin memohon pekerjaan kelak.

 Dalam kesempatan ini juga, kami dari barisan pimpinan Badan Dakwah dan Rohani UTeM (BADAR) ingin mengucapkan Selamat Datang ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sesi 2012/2013. Semoga pilihan anda memilih UTeM akan menjadi satu kenangan yang paling indah dan manis dalam hidup anda. InsyaALLAH.
           
            Kami di sini mendoakan anda semua sihat walafiat hendaknya dan berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang yang diceburi di UTeM dan di mana-mana sahaja. Semoga mahasiswa dan mahasiswi baru kemasukan 2012/2013 UTeM dapat membiasakan diri dengan cepat dengan keadaan di UTeM dan dapat memulakan pelajaran dengan baik.

      Akhir kalam, selamat maju jaya kami ucapkan dan tidak lupa juga untuk mengucapkan Selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua yang masih berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi.


"With Ukhuwah,We Care"

Wednesday, August 8, 2012

CAMPAIGN : SAVE ROHINGYA WITH DONATION


[KEMPEN : SELAMATKAN MUSLIM ROHINGYA]


Syukur Alhmadulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup angin ramadhan pada tahun ini. Sedar mahupun tidak, bulan ramadhan kini hamper melewati fasa 10 hari yg terakhir dimana Allah S.W.T menjanjikan satu malam dimana malam tersebut Allah S.W.T melipat kali gandakan pahala amalan kita, iaitu malam Lailatul Qadar. Firman Allah S.W.T :

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr : 3 ]

         Mudah-mudahan kita dapat menggunakan sepenuhnya tempoh masa yang ada sebelum berlabuhnya tirai Ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan amalan-amalan yang mana dapat memberikan ganjaran dan menyelamatkan kita di akhirat kelak, InsyaAllah..

Dikala kita mengharungi saki baki bulan Ramadhan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan dari Allah S.W.T ini, tidak dilupakan isu saudara seaqidah kita yang dizalimi dan dihina, iaitu minoriti Muslim Rohingya di Myanmar. Begitu ramai masyarakat Muslim rohingya menjadi pelarian yang sebahagiannya berada di negara kita ini akibat daripada penindasan yang mereka terima di tanah air mereka sendiri.

Pada asalnya, negara Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya  (terdapat 137 etnik kesemuanya).

Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya.

Namun, persepsi masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa  Rohingya adalah ‘kaum pendatang’ dari keturunan Benggali – dibawa masuk oleh British untuk dijadikan buruh kasar. Kemudian mereka mendakwa kononnya penduduk Benggali menyeberangi sempadan dan memasuki Arakan beramai-ramai secara haram disebabkan kepadatan kependudukan di Bangladesh.

Atas premis itulah pemerintah Myanmar sejak 1942 dan etnik-etnik yang beragama Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai pendatang asing yang tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.

Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta tentera – Rohingya mengalami penyisihan - tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.Rohingya dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan.


Bermacam-macam halangan dan kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-

-  Pergerakan dari bandar ke bandar disekat
-  Perkahwinan mesti mendapat kebenaran daripada  pihak tentera dan dikenakan bayaran
-  Aktiviti keagamaan dilarang (dilarang membena masjid,madrasah, menyembelih binatang qurban dsbnya)
-  Cukai dikenakan secara arbitrari
-   Tangkapan dibuat ikut suka hati
-   Peras ugut
-   Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)
-  Tanah masyarakat Rohingya dirampas dan penduduk dihalau dari kampong halaman   (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)
-   Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat kerajaan
-   Rohingya tidak dibenar menjadi guru
-   Rohingya disekat mendapat pendidikan tinggi
-  Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang – contohnya tidak boleh melaungkan azan, penyembelihan binatang korban
-          Identiti Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah - termasuk subjek sejarah yang diajar di sekolah


Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar.Orang tua, dewasa, kanak-kanak bayi tidak kira lelaki ataupun perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan dirogol sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat ditangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh.Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar.

Begitu dasyat dan tidak berperikemanusiaan penindasan yang telah dilakukan oleh puak pelampau  terhadap orang muslim Rohingya di Myanmar.

Oleh itu, kelab Badan Dakwah & Rohani (BADAR) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Pusat Islam dan HEPA UTeM telah mengadakan kempen ‘Save Rohingya With Donation’ yang mana kempen ini bertujuan untuk mengutip derma yang akan disumbangkan kepada persatuan Majlis Ulama Rohingya.


           Kempen ini akan diadakan mengikut 2 fasa. Fasa yang pertama pada 8 ogos 2012 hingga 17 ogos manakala fasa yang kedua pada 10 september hingga 21 september 2012.


                        Fasa pertama :

Tarikh
Masa
Aktiviti
8 Ogos 2012
1.40 petang
Pelancaran Campaign : Save Rohingya With Donation dan tabung derma di setiap penjuru masjid
10 Ogos 2012
Sebelum Solat Jumaat (12.30pm)
Tazkirah Jumaat Mengenai Isu Masyarakat Islam yang ditindas dan apa peranan kita?
16 Ogos 2012
Selepas maghrib
DIMAN KHAS : Save Rohingya di Kolej Kediaman UTeM Murni


Fasa kedua :

Tarikh
Masa
Aktiviti
10 September 2012
8pagi – 5 petang
Pelancaran Campaign : Save Rohingya With Donation fasa ke-2 dan tabung derma di setiap penjuru masjid
13 September 2012
Selepas Solat Maghrib di Kolej Kediaman TTU 3
DIMAN khas : Isu Umat Islam Sedunia
14 September 2012
8pagi – 5 petang
Tazkirah Jumaat Mengenai Isu Masyarakat Islam yang ditindas dan apa peranan kita?
Flashmob Campaign : Save Rohingya


#HEALTHEWORLD

"WITH UKHUWAH WE CARE"

MOHAMAD NAZMI BIN ASARUDDIN
(EXCO PENERBITAN DAN PENERANGAN)







Sunday, July 22, 2012

Ramadan Datang Lagi

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.




Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

APA RASULULLAH S.A.W BUAT MASA BULAN RAMADHAN?


Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.


Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

Tuesday, July 10, 2012

KURSUS EKSEKUTIF IMAM DAN BILAL 2012


Jom sama2 kita perbaiki cara solat kita!! :D
agar sama seperti Rasulullah s.a.w
JOM3!!!

ingat pesan nabi:
“Perkara pertama yang akan dihisab amalan seseorang hamba pada hari kiamat ialah solat, jika baik solatnya maka dia akan gembira dan berjaya”. Hadis riwayat at-Tirmidzi (413) dan Nasa’i (465).

Wednesday, July 4, 2012

Ko Pehal Der????


A: Ko pehal der???!! Ko ingat ko da bagus sangat??
B: Aku cuma nak ingatkan ko je..rilek la bro..

SITUASI 1:

Inilah scenario biasa yang berlaku pada hari ini, bila ditegur, bila diingatkan mulalah masing-masing nak melenting. Apa cer??Lek lu!! Sabar sahabat-sahabat jangan cepat melatah mahupun cepat terasa.

Bila satu teguran diberikan akan ada tiga jenis manusia.

Golongan Pertama: Meraka yang akan menerima teguran itu. Kalau mereka bukan berada  di tempat pesalah sekalipun, mereka akan dengar teguran itu dan ambil isinya.

SITUASI 2:


Golongan Kedua: Mereka yang tak peduli langsung. Macam tak ada apa-apa  sahaja gayanya.Teguran yang datang masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri. Dia tak peduli pun dengan teguran-teguran ini.
SITUASI 3:


Golongan Ketiga: Mereka yang akan melemparkan teguran tu ke arah lain dan menyalahkan si penegur pula.

Situasi yang berlaku di atas(SITUASI 1) tu menggambarkan golongan yang ketigalah.
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian ingatlah, sesungguhnya peringatan itu baik untuk orang mu’min.Siapa itu orang mu’min?? Kita semualah, insyaAllah. Orang mu’min = orang yang beriman.

Allah SWT menggesa orang-orang yang beriman untuk sentiasa menyebarkan peringatan. Tidak kira dalam bentuk apa sekali pun selagi mana caranya masih mengikut apa yang digariskan dalam syara’.

Allah SWT berfirman: “Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman” Surah Adz-Dzariyat ayat 55.

Sudah mengaku tadi kan kita orang beriman? Jadi sebagai orang yang beriman, sepatutnya kita terbuka dan berlapang dada dalam menerima teguran. Memandang teguran itu sebagai satu penambahbaikan untuk diri kita. Walaupun teguran itu mungkin bukan menuju kepada diri kita. Apatah lagi yang tepat menuju kepada diri kita.

Jika kita orang yang beriman, setiap teguran pasti mempunyai manfaatnya.


Bila teguran datang kepada kita..

Muncul menyentuh diri kita, maka hendaklah kita bertenang dan melihat teguran itu. Memandang teguran itu pertama sekali pada diri kita. Apakah benar teguran yang dilemparkan? Jika benar apakah yang sepatutnya kita buat? Buat bodoh? Nak terasa? Nak melenting? Atau menerima teguran dan nasihat itu dengan rendah hati dan bergerak melakukan perubahan?

Ok,kalaulah teguran itu bukan untuk kita sekalipun, tidak terkena pun pada batang hidung kita, orang yang tegur tu pun salah ‘tembak’ tegurannya pada kita. Jadi apa yang patut kita buat? Adakah kita nak buat bodoh? Melenting juga? Nak hentam-hentam penegur tu? Atau kita akan mengambil manfaat daripada teguran yang tersilap ‘tembak’ itu?

Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, maka teguran itu walaupun salah ‘tembak’, ia semestinya masih memberikan manfaat kepada kita.

Percayalah, Allah tak akan biar si penegur itu salah ‘tembak’ tegurannya pada kita, sia-sia sahaja. Mesti ada hikmahn yang tersirat. Sedarlah itu adalah teguran dan peringatan dari Allah buat hamba-hamba-Nya yang terpilih. Tanda Dia ingat dan sayang pada kita, agar kita sedar silap kita dan senantiasa memperbaiki diri kita. Manusia yang menegur itu cuma cara dan jalannya.
Al-insan = Manusia = Pelupa , jadi perlu selalu diingat-ingatkan.. Tak gitu??
Jadi kalau ada yang tegur..bagi nasihat..sound kita ke.. chill je la.. just take it and digest it ok?

Wallahu 'alam





daripada:-
Noor Syahirah Binti Mohamad Ismol
Exco Penerbitan dan Penerangan 
Sesi 11/12
Badan Dakwah dan Rohani
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Sunday, June 17, 2012

ISRAK DAN MIKRAJ (Bahagian 2) : Pengembaraan Nabi s.a.w ke Langit ke Tujuh


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
.
1.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
2.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
3.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.
1)   Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2)02Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03.
3)  Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

.
4)  Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5).Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

 7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
.
8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

.9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10).Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11)Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12).Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.


13)Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.


sumber : iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...