Followers

Tuesday, January 27, 2015

Misi Bantuan Banjir Mahasiswa

Assalamualaikum wbt.

Selamat sejahtera dan Salam Menjana Mahasiswa Islam Profesional. 

Pada tarikh 13,14 dan 15 Januari 2015 yang lalu, pimpinan Badar bersama beberapa orang ahli aktif Badar telah melaksanakan Kutipan Sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Kutipan sumbangan telah dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut di sekitar Melaka.

Hari pertama, Badar turun ke Pasar Malam Durian Tunggal dan kutipan sumbangan untuk mangsa banjir telah dilaksanakan selepas waktu Maghrib. Hari kedua, Badar ke Pasar Besar yang terletak bersebelahan Melaka Sentral dan hari ketiga iaitu hari terakhir, Badar telah turun untuk mendapatkan kutipan sumbangan dari masjid-masjid sekitar Melaka selepas Solat Jumaat. Antara masjid yang Badar kunjungi untuk mendapatkan kutipan sumbangan adalah seperti Masjid Hidayah Batu Berendam, Masjid Putih Bukit Beruang, Masjid Jamek dan beberapa buah masjid lagi di sekitar Melaka. 

Gambar gambar di bawah diambil ketika kutipan sumbangan berlangsung. 


Siri 1: Pasar Malam Durian Tunggal 










Siri 2: Kutipan Sumbangan di Pasar Besar 







Terima kasih admin ucapkan kepada warga Melaka kerana bekerjasama dengan Badar UTeM dalam menjayakan Misi Bantuan Banjir Mahasiswa, kerana dengan sumbangan kalian sedikit sebanyak dapat membantu saudara-saudara kita di Pantai Timur.

Alhamdulillah, pada minggu lepas, Badar diwakili oleh Presiden Badar UTeM, Muhammad Najib Faiz Bin Ne'mat telah menyerahkan kutipan sumbangan kepada wakil Muslim Care. Semoga dengan sedikit sumbangan dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

"Kebajikan Masyarakat, Kewajipan Mahasiswa"

"With Ukhuwah, We Care."

Monday, January 26, 2015

Pimpinan Badar Sesi 14/15

Assalamualaikum wbt.

Selamat sejahtera dan Salam Menjana Mahasiswa Islam Professional.

Kaifa halukum? Alhamdulillah, ana bil khair. Admin doakan semoga semua pembaca blog Badar UTeM berada dalam keadaan baik dan sihat disamping keluarga tercinta, dan semoga cuti semester kali ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua.

Sedia maklum, tahun sudah pun bersilih ganti, kini kita bersama dengan kepimpinan Badan Dakwah dan Rohani (Badar) UTeM yang baharu. Tahniah dan takziah admin ucapkan kepada pimpinan Badar UTeM bagi sesi 14/15 yang telah dilantik ketika Mesyuarat Agung Tahunan pada tanggal 13 Disember 2014 di Dewan Konvensyen Kampus Bandar, UTeM yang lalu.

Gambar-gambar dibawah adalah sekitar program berlangsung.






Anas Abdullah, Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung Tahunan Badar UTeM 

Kamal Ismeth, Mantan Presiden Badar bersama YDP MPP Khairul Nizam Suhaimin dan beberapa MPP yang lain.

Pimpinan Badar UTeM sesi 14/15

Terima kasih admin ucapkan kepada YDP MPP serta beberapa orang perwakilan pelajar yang lain kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Badar UTeM bagi sesi 13/14 yang lalu. Kepada pimpinan Badar UTeM sesi 14/15, selamat menjalankan tugas dengan baik.

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:

“Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan).
Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya).
Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"With Ukhuwah, We Care."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...