Followers

Saturday, March 21, 2015

Badar Corner

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum wbt.

Selamat sejahtera, Salam Menjana Mahasiswa Islam Profesional. 

Pada 7 dan 8 Mac 2015 yang lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Karnival Jom Masuk IPT kali ke-11 yang bertempat di MITC Melaka. Terdapat pelbagai booth dari Institut Penganjian Tinggi seluruh Malaysia bertapak di sana selama dua hari. UTeM juga tidak terkecuali membuka booth di sana. Selain itu, di luar bangunan MITC terdapat pelbagai gerai jualan dibuka, yang menjual pelbagai jenis barangan dan juga makanan. Malah, Badar sendiri tidak melepaskan peluang dengan membuka gerai yang menjual makanan seperti nasi lemak, burger, waffle, buah dan juga air minuman. Gerai jualan tersebut dinamakan Badar Corner. Badar Corner ini diusahakan sendiri oleh para pimpinan Badar dan juga sahabat sahabat Badar.

Booth UTeM



Gambar sekitar sesi jualan yang berlangsung. 






 Para penggerak Badar Corner


Jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang mantap oleh semua penggerak yang telah bertungkus lumus selama dua hari di tapak Karnival Jom Masuk IPT di MiTC Melaka.. Semoga ini menjadi titik pemula untuk kepimpinan BADAR yang baharu.


With Ukhwah , We Care

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...