Followers

Monday, January 24, 2011

SABAR ITU INDAH


 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

Dimana Subuh Kita?


Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh,
Sejuk sungguh angin pagi,
Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,
Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,
Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,
Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...
Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.
Namun terdetik dihatiku...

Ke manakah pemuda-pemuda Islam?

Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka bersolat?
Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.

Antara kelebihan solat subuh berjemaah :

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. Lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak."(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)."](Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."(Hadis riwayat Muslim)

Sumber : Artikel iluvislam.com

Wednesday, January 12, 2011

Jom Semak TIPS MENUTUP AURAT



Menutup aurat dalah perintah Allah s.w.t. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.
Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi. Jom Semak.

1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. SEDAR bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?". Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariat.

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. BERSAHABAT dengan wanita solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.

8. EKSLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun, kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik ekslusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.

Sumber : Majalah SOLUSI Isu.26

Monday, January 10, 2011

Kita SIBUK dengan APA???

Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.

Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t . 

alt

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana: 

-Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
-Bermunajat kepada Allah setiap malam
-Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
-Berperang di jalan Allah
-Melayani isteri-isteri
-Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
-Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
-Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
-Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
-Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar   
  kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :

-Kerja
-Keluarga (isteri dan anak-anak)
-Melangsaikan hutang
-Main facebook, nengok Youtube
Dan lain-lain..

Renungkanlah kata-kata ini pula :


Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. -Al-Imam Ghazali

Sumber: Artikel iluvislam.com

Thursday, January 6, 2011

SAY NO TO BONCENG !!!



Tujuan program Kempen ‘Say No To Bonceng’ ini adalah untuk mendepani isu gejala sosial yang   berlaku dalam kalangan mahasiswa yang kebelakangan ini semakin meruncing. Seperti yang diketahui umum, masalah buang bayi dan zina semakin rancak berlaku di kalangan anak muda yang kebanyakannya adalah dalam kalangan pelajar universiti. Oleh yang demikian, program ini akan membawa pendekatan nasihat dan kuatkuasaan undang-undang universiti selaras dengan peraturan Tata Kelakuan untuk membendung masalah ini daripada berlaku kepada mahasiswa UTeM.
Program Kempen ‘Say No To Bonceng’ ini juga diharapkan dapat menjadi platform kepada mahasiswa-mahasiswi UTeM untuk mengenali dan mempraktikkan cara hidup berintegriti yang digariskan oleh agama.


Bersama-samalah kita membantu menjayakan kempen SAY NO TO BONCENG.

This campaign will never end until UTeM is FREE from BONCENG. Let's give your SUPPORT!

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Semester baru sudah bermula. Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?


Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.


1. KEYAKINAN, KEPERCAYAAN DAN KEIMANAN KEPADA ALLAH SWT


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]


Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.


2. FOKUS, BERSUNGGUH-SUNGGUH, SEPENUH HATI


"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]


Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.


3. PRIORITI. MENGUTAMAKAN APA YANG UTAMA


"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]


Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 


Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.


Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.


Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.


4. PRIHATIN SESAMA KITA


"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]


Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.


5. JAGA HUBUNGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN 


"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]


Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.


Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.


6. JUJUR, AMANAH


" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]


Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?


Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."


7. TEPATI WAKTU


"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]


Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.


Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.


Jom sama-sama kita praktikkan apa yang telah digariskan oleh Al-Quran. Berusaha untuk menjadi muslim yang TERBAIK. Semoga berjaya!!!

Bersama YDP BADAR


Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Ali-imran :104)

Dengan nama Allah ku menulis kalam ini,seinfiniti kesyukuran atas limpahan rahmat dan kasih sayang Allah swt serta selawat dan salam buat Baginda serta para ahli keluarga Baginda. Setelah hampir dua bulan berpisah,kepimpinan BADAR pada sesi 2010/11 kali ini ingin mengucapkan selamat kembali ke alam kampus untuk menyambung perjuangan dan kembara seorang pelajar. Selain itu,dibarisan kepimpinan kami, amatlah berbesar hati kepada semua warga UTeM khususnya yang beragama islam untuk bersama-sama kami,menjayakan semua program yang telah dirangka.Jika ada sebarang komen dan pandangan membina,kami sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan demi keberlangsungan BADAR kita ini dengan menerobos sempadan fikiran luar kotak. BADAR ini milik semua.Dakwah ini memadai sekadar mengajak orang berbuat baik dan meninggalkan keburukan,dan ia lebih baik dilakukan secara beramai-ramai atau berkumpulan kerana sirah Baginda juga mempunyai para sahabat yang ramai bersama-sama melakukan amal makruf nahi wa mungkar. Saya akhiri ucapan ringkas ini dengan sepotong hadish iaitu orang yang terbaik diantara kamu ialah orang yang lebih manfaatnya kepada manusia” (riwayat Qudho’i) 

Barakallahufikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...