Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Ali-imran :104)
Dengan nama Allah ku menulis kalam ini,seinfiniti kesyukuran atas limpahan rahmat dan kasih sayang Allah swt serta selawat dan salam buat Baginda serta para ahli keluarga Baginda. Setelah hampir dua bulan berpisah,kepimpinan BADAR pada sesi 2010/11 kali ini ingin mengucapkan selamat kembali ke alam kampus untuk menyambung perjuangan dan kembara seorang pelajar. Selain itu,dibarisan kepimpinan kami, amatlah berbesar hati kepada semua warga UTeM khususnya yang beragama islam untuk bersama-sama kami,menjayakan semua program yang telah dirangka.Jika ada sebarang komen dan pandangan membina,kami sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan demi keberlangsungan BADAR kita ini dengan menerobos sempadan fikiran luar kotak. BADAR ini milik semua.Dakwah ini memadai sekadar mengajak orang berbuat baik dan meninggalkan keburukan,dan ia lebih baik dilakukan secara beramai-ramai atau berkumpulan kerana sirah Baginda juga mempunyai para sahabat yang ramai bersama-sama melakukan amal makruf nahi wa mungkar. Saya akhiri ucapan ringkas ini dengan sepotong hadish iaitu “orang yang terbaik diantara kamu ialah orang yang lebih manfaatnya kepada manusia” (riwayat Qudho’i)
Barakallahufikum...
No comments:
Post a Comment