Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. [Muhammad: 7]
Assalamualaikum wbt
Setinggi-tinggi syukur kehadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya serta selawat keatas junjungan mulia Rasulullah saw, alhamdulillah masih lagi diberi ruang dan peluang untuk mencoretkan sedikit perkongsian khas buat teman-teman pengunjung setia blog Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
Sedikit peringatan buat kita bersama, mengenai satu tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 21 Mei 2011 di Hulu Langat yang melibatkan rumah anak yatim. Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Ketika kejadian itu, pada pukul 2.30 petang, kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang. Kemudian berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata dan seterusnya memusnahkan sebuah bangunan setingkat dan sebuah surau berdekatan.
Justeru itu, pihak BADAR ingin mengucapkan takziah kepada keluarga serta saudara kepada mangsa korban kejadian tanah runtuh tersebut.
Peringatan buat kita semua, maka haruslah kita sentiasa berwaspada kerana malapetaka yang berlaku tidak mengenal waktu dan usia. Kita juga harus sentiasa bersiap sedia dari sudut memperbanyakan amalan kerana kita tidak dapat menduga bilakah kita bakal dijemput oleh Allah.

Akhir kata ahlan wa sahlan ila UTeM
Wassalam
No comments:
Post a Comment