[HEWI – A Srikandi’s Day atau 1 Day 1 Srikandi]
SI BUTA YANG CELIK HATINYA, ZINNIRA
Zinnirah adalah
seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan
dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome,
Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu
dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba
abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti
binatang oleh tuannya.
Suatu hari
Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu
akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan
ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati
Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara
rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Nasibnya lebih
malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat
berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan
juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah
terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.
Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia
mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu
menghukumnya dengan siksaan berat.
"Tahukah
kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak
singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat
kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah
caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ.
Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi
penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...
Apabila melihat
hamba abdinya belum insaf, Umar mengheretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di
tiang. Mata Zinnirah dicucuk dengan menggunakan besi tajam sehingga buta.
Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir
Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak
luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih
tetap pada Allah yang Esa."
Penderitaannya
itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah
dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah,
kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan
ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.
Di antara sifat
wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya,
setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang
mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha
Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai
nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".
Hati Zinnirah
sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa
merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang
diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal
di langit.
Marilah kita
berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya
sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan
biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah
hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....
Kalau kita
cintakan seseorang..pasti kita ingin bertemu selalu.
Kalau kita
cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah,
bertemulah
selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah,
berpegang
teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah.
Sekian,
rujukan gamba :
Dapat
ReplyDeletehttps://plus.google.com/+ZazlanTonsiti/posts
✊
ReplyDeleteni bukan zinnirah yang dalam lagu UNIC ke ? sebab macam berbeza dengan kebanyakan cerita dimana zinnirah sebenarnya yang membutakan mata dia sendiri sebab takut menjadi fitnah wanita kepada para lelaki..
ReplyDelete