Followers

Thursday, April 14, 2011

Alahai Tudung....


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka.” (QS. An Nur: 31)

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.” 
(QS. An Nur: 31)

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31)

“Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nur: 60)

“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 (QS. Al Ahzab: 59)


Renung-renungkan dan Selamat Beramal ^_^ Y

4 comments:

  1. saya bukan hipokrit. jadi saya pakai tudung bila perlu ajalh..salah ka? bukankah hipokrit(pakai tudung sedangkan tak suka pakai tudung) adalah munafik? maaf bertanya..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pertanyaan...Di sini, kita perlu jelas. Ini bukan soal hipokrit atau tidak. Menutup aurat adalah KEWAJIPAN setiap wanita yang sudah baligh dan bukannya satu PILIHAN. Menutup aurat adalah termasuk dalam menjaga HAK ALLAH. Kerana sbg hamba allah, kita wajib menurut perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA. Apabila kita menjaga HAK ALLAH, pasti ALLAH akan menjaga HAK KITA. MAksudnya di sini, banyak hikmahnya menutup aurat. Antaranya MARUAH yang terpelihara... Wanita itu ciptaanNYA yang indah.. Jagalah dirimu sebaiknya... Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  3. selagi kita tidak menutup aurat, selagi itu solat kita tidak diterima. "aurat" dalam kontest ini bukan ditujukan kepada bertudung sahaja tetapi menyeluruh. dalam al-quran ada menyebut "solat itu mencegah kemungkaran".di sini jelas bahawa selagi mana kita tidak dapat menutup aurat, selagi itu solat kita masih tidak diterima ALLAH kerana solat kita masih tidak dapat mengelakkan kita daripada melakukan kemungkaran.
    kedua tiada istilah hipokrit. itu terletak pd diri kita samada ingin menerima perintah itu secara positive atau tidak. kalau kita terlalu mengikutkan kehendak nafsu, maka hancur lah kita. kalau kita membenarkan syaitan menguasai pemikiran kita mengenai perintah ALLAH maka syaitan telah berjaya menguasai anda. maka banyakkanlah membaca al-quran agar terhindar dari melakukan kemungkaran. setiap anak adam itu ada kelemahannya masing-masing tetapi kelemahan itu dapat kita kurangkan dengan beramal ibadah. wal'llahuaklam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...