Kita semua sudah maklum, bahawa setelah nyawa berpisah dari jasad, tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi manusia, malaikat akan hadir dan kita akan ditanya soalan-soalan yang lazim telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan sakaratulmaut. Soalan-soalan itu adalah SOALAN BOCOR.
1. Siapa Tuhan kamu?
Allah s.w.t
2. Apa agama kamu?
Islam.
3. Siapa nabi kamu?
Rasulullah s.a.w
Soalan : Siapa Tuhan kamu?
Pelan Tindakan : Tauhidkan Allah, sembah dan laksanakanlah ibadah sebaiknya
Soalan : Apa agama kamu?
Pelan Tindakan : Jadikan Islam sebagai cara hidup
Soalan : Siapa nabi kamu?
Pelan Tindakan : Menyayangi Rasulullah s.a.w dan mengikuti sunnah Baginda.
"Selamat menduduki peperiksaan akhir. Manfaatkan Study Week ini sepenuhnya."
Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan
No comments:
Post a Comment