Followers

Saturday, March 31, 2012

“Where A Great Muslim Youth Begins”


Pada 23 hingga 24 MAC yang lalu, BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR) UTeM telah dipelawa untuk menjadi Fasilitator Kem Bestari Solat Perdana oleh  Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat,Johor di Saujana Asahan ,Jasin , Melaka .Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Convent Batu Pahat dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).


         Program Kem Bestari Solat Perdana Tahun 6 ini adalah program menguji sejauh mana kelemahan dan kekuatan peserta dalam ibadah solat. Model Bestari Solat atau dipanggil Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sekolah.




            Sehubungan dengan itu, Exco Kebajikan dan Komuniti BADAR mendekati komuniti pelajar sekolah dengan menghantar 10 orang fasilitator untuk sama-sama menjayakan program ini bagi melahirkan generasi yang berilmu dan beramal soleh serta memperkayakan di dalam diri setiap peserta dengan perkara-perkara asas fardhu ain khususnya dalam ibadah solat di samping untuk mendidik peserta-peserta supaya menjadi generasi yang profesional dan berketerampilan.


            Program ini juga memberi ruang kepada mahasiswa UTeM untuk berinteraksi lebih dekat dengan komuniti pelajar sekolah. Selain daripada itu, program ini juga memberi kefahaman Islam mengenai penjagaan aspek berwuduk, bacaan dalam solat dan amali solat serta  ceramah motivasi untuk membentuk muslim sejati.


            Justeru itu, setiap masyarakat islam pada masa kini haruslah memainkan peranan dalam membentuk generasi yang bukan sahaja celik pada teknologi malah yang paling penting adalah generasi yang berilmu, beriman dan beramal soleh. Insha-Allah.



Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)

Friday, March 23, 2012

Apa Yang Dirasa


                  Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal "air mata" ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah. 

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah 'perasan'.


Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu' walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.


Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.


Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.


Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.




                



              Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.


Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.


Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik. 

Al-Hijr

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah) di antara mereka." ( Al-Hijr: 39-40 )


- Artikel iluvislam.com

Thursday, March 8, 2012

Istimewa Buat Mahasiswi UTeM : FATAYAT 2012


“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Jom Jadi Muslimah Pilihan ^^

Wednesday, March 7, 2012

KIPDAR 2012. Jom ramai-ramai!!


‎:: KURSUS INDUKSI PIMPINAN BADAR (KIPDAR) 2012 ::
TARIKH : 10 MAC (SABTU) 2012
TEMPAT : DEWAN KONVENSYEN KAMPUS BANDAR
MASA : 8.00 A.M - 2.30 PM.

KEPADA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KURSUS INI..

BOLEH HUBUNGI :

FADHLI : 014-5154926
FATIMAH NUR : 014-5104483

Friday, March 2, 2012

Anggun Pesona Aurat Terpelihara

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka?  Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.

Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian. Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat. Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...