Followers

Friday, November 4, 2011

ISU SEMASA:Gempa Bumi Di Negara Jiran, Bali 13 OKTOBER 2011

GEMPA DI BALI INDONESIA,46 CEDERA,19 BANGUNAN ROSAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Baru-baru ini kita digempar-gempurkan dengan satu kejadian yang sering berlaku di negara jiran kita,Indonesia iaitu Gempa Bumi.


Gempa bumi yang berukuran 6.8 pada skala Richter yang berlaku di Nusa Dua Bali pagi Khamis mengakibatkan 19 bangunan rosak dan 46 orang cedera, termasuk seorang dalam koma dan kritikal. Agensi berita Antara melaporkan mangsa yang kritikal itu menerima rawatan intensif di Hospital Umum Sanglah, Denpasar.

Ia juga melaporkan bahawa 45 pelajar dan guru sebuah sekolah menengah vokasional di Denpasar luka-luka akibat bencana yang berlaku pada pukul 11.16 pagi waktu tempatan itu. Setakat ini, tiada laporan yang dapat dikenalpasti mengenai jumlah kematian yang sebenar gara-gara gempa bumi ini. Berikut adalah beberapa keping gambar mengenai kejadian gempa bumi yang telah melanda bali.




Sementara itu Badan Pengurusan Bencana Bandar Denpasar, Bali, mencatatkan bahawa 19 bangunan rosak dalam bencana itu termasuklah lapan buah sekolah, bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Bandar Denpasar, bangunan Monumen Perjuangan Rakyat Bali, Muzium Alam Puri Penatih, Pos Pemadam Kebakaran Juanda, sebuah hospital dan enam rumah kediaman masyarakat di Bandar Denpasar.Antara gambar-gambarnya;
Pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan segera membaiki bangunan sekolah agar kegiatan mengajar dan belajar tidak terganggu.- BERNAMA

~~Sebagai saudara sesama Islam dan berjiran ini,sama-samalah kita mendoakan keselamatan mereka. 

"With Ukhuwah,We Care"





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...