Followers

Saturday, March 31, 2012

“Where A Great Muslim Youth Begins”


Pada 23 hingga 24 MAC yang lalu, BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR) UTeM telah dipelawa untuk menjadi Fasilitator Kem Bestari Solat Perdana oleh  Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat,Johor di Saujana Asahan ,Jasin , Melaka .Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Convent Batu Pahat dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).


         Program Kem Bestari Solat Perdana Tahun 6 ini adalah program menguji sejauh mana kelemahan dan kekuatan peserta dalam ibadah solat. Model Bestari Solat atau dipanggil Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sekolah.




            Sehubungan dengan itu, Exco Kebajikan dan Komuniti BADAR mendekati komuniti pelajar sekolah dengan menghantar 10 orang fasilitator untuk sama-sama menjayakan program ini bagi melahirkan generasi yang berilmu dan beramal soleh serta memperkayakan di dalam diri setiap peserta dengan perkara-perkara asas fardhu ain khususnya dalam ibadah solat di samping untuk mendidik peserta-peserta supaya menjadi generasi yang profesional dan berketerampilan.


            Program ini juga memberi ruang kepada mahasiswa UTeM untuk berinteraksi lebih dekat dengan komuniti pelajar sekolah. Selain daripada itu, program ini juga memberi kefahaman Islam mengenai penjagaan aspek berwuduk, bacaan dalam solat dan amali solat serta  ceramah motivasi untuk membentuk muslim sejati.


            Justeru itu, setiap masyarakat islam pada masa kini haruslah memainkan peranan dalam membentuk generasi yang bukan sahaja celik pada teknologi malah yang paling penting adalah generasi yang berilmu, beriman dan beramal soleh. Insha-Allah.



Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...