Followers

Saturday, September 8, 2012

Selamat Menempuh Alam Baru Di Kampus

    

                Pertama dan selamanya marilah kita menyatakan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi nikmat Islam dan nikmat Iman. Tidak lupa juga nikmat kesihatan, yang mana dengan sihat tubuh badan banyak perkara yang berfaedah dapat dilakukan selagi mana tidak bercanggah dengan syarak. 
Alhamdulillah.

                Setelah selama seminggu berlangsungnya Minggu Haluan Siswa (MHS),pelbagai pengalaman pahit dan manis dapat diresapi oleh mahasiswa-mahasiswa baru Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  sesi 2012/2013. Seramai kira-kira 2152 orang pelajar yang berdaftar di UTeM pada sesi pengambilan kali ini. Bilangan yang ramai ini sudah tentu menambahkan lagi persaingan para mahasiwa apabila memohon pekerjaan di masa hadapan. Oleh itu, para mahasiswa haruslah memaksimumkan diri supaya terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pihak universiti terutamanya program-program yang dilakukan oleh Badan Dakwah & Rohani (BADAR) supaya dapat bersaing apabila ingin memohon pekerjaan kelak.

 Dalam kesempatan ini juga, kami dari barisan pimpinan Badan Dakwah dan Rohani UTeM (BADAR) ingin mengucapkan Selamat Datang ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sesi 2012/2013. Semoga pilihan anda memilih UTeM akan menjadi satu kenangan yang paling indah dan manis dalam hidup anda. InsyaALLAH.
           
            Kami di sini mendoakan anda semua sihat walafiat hendaknya dan berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang yang diceburi di UTeM dan di mana-mana sahaja. Semoga mahasiswa dan mahasiswi baru kemasukan 2012/2013 UTeM dapat membiasakan diri dengan cepat dengan keadaan di UTeM dan dapat memulakan pelajaran dengan baik.

      Akhir kalam, selamat maju jaya kami ucapkan dan tidak lupa juga untuk mengucapkan Selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua yang masih berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi.


"With Ukhuwah,We Care"

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...