Followers

Wednesday, August 8, 2012

CAMPAIGN : SAVE ROHINGYA WITH DONATION


[KEMPEN : SELAMATKAN MUSLIM ROHINGYA]


Syukur Alhmadulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup angin ramadhan pada tahun ini. Sedar mahupun tidak, bulan ramadhan kini hamper melewati fasa 10 hari yg terakhir dimana Allah S.W.T menjanjikan satu malam dimana malam tersebut Allah S.W.T melipat kali gandakan pahala amalan kita, iaitu malam Lailatul Qadar. Firman Allah S.W.T :

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr : 3 ]

         Mudah-mudahan kita dapat menggunakan sepenuhnya tempoh masa yang ada sebelum berlabuhnya tirai Ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan amalan-amalan yang mana dapat memberikan ganjaran dan menyelamatkan kita di akhirat kelak, InsyaAllah..

Dikala kita mengharungi saki baki bulan Ramadhan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan dari Allah S.W.T ini, tidak dilupakan isu saudara seaqidah kita yang dizalimi dan dihina, iaitu minoriti Muslim Rohingya di Myanmar. Begitu ramai masyarakat Muslim rohingya menjadi pelarian yang sebahagiannya berada di negara kita ini akibat daripada penindasan yang mereka terima di tanah air mereka sendiri.

Pada asalnya, negara Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya  (terdapat 137 etnik kesemuanya).

Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya.

Namun, persepsi masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa  Rohingya adalah ‘kaum pendatang’ dari keturunan Benggali – dibawa masuk oleh British untuk dijadikan buruh kasar. Kemudian mereka mendakwa kononnya penduduk Benggali menyeberangi sempadan dan memasuki Arakan beramai-ramai secara haram disebabkan kepadatan kependudukan di Bangladesh.

Atas premis itulah pemerintah Myanmar sejak 1942 dan etnik-etnik yang beragama Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai pendatang asing yang tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.

Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta tentera – Rohingya mengalami penyisihan - tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.Rohingya dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan.


Bermacam-macam halangan dan kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-

-  Pergerakan dari bandar ke bandar disekat
-  Perkahwinan mesti mendapat kebenaran daripada  pihak tentera dan dikenakan bayaran
-  Aktiviti keagamaan dilarang (dilarang membena masjid,madrasah, menyembelih binatang qurban dsbnya)
-  Cukai dikenakan secara arbitrari
-   Tangkapan dibuat ikut suka hati
-   Peras ugut
-   Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)
-  Tanah masyarakat Rohingya dirampas dan penduduk dihalau dari kampong halaman   (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)
-   Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat kerajaan
-   Rohingya tidak dibenar menjadi guru
-   Rohingya disekat mendapat pendidikan tinggi
-  Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang – contohnya tidak boleh melaungkan azan, penyembelihan binatang korban
-          Identiti Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah - termasuk subjek sejarah yang diajar di sekolah


Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar.Orang tua, dewasa, kanak-kanak bayi tidak kira lelaki ataupun perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan dirogol sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat ditangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh.Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar.

Begitu dasyat dan tidak berperikemanusiaan penindasan yang telah dilakukan oleh puak pelampau  terhadap orang muslim Rohingya di Myanmar.

Oleh itu, kelab Badan Dakwah & Rohani (BADAR) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Pusat Islam dan HEPA UTeM telah mengadakan kempen ‘Save Rohingya With Donation’ yang mana kempen ini bertujuan untuk mengutip derma yang akan disumbangkan kepada persatuan Majlis Ulama Rohingya.


           Kempen ini akan diadakan mengikut 2 fasa. Fasa yang pertama pada 8 ogos 2012 hingga 17 ogos manakala fasa yang kedua pada 10 september hingga 21 september 2012.


                        Fasa pertama :

Tarikh
Masa
Aktiviti
8 Ogos 2012
1.40 petang
Pelancaran Campaign : Save Rohingya With Donation dan tabung derma di setiap penjuru masjid
10 Ogos 2012
Sebelum Solat Jumaat (12.30pm)
Tazkirah Jumaat Mengenai Isu Masyarakat Islam yang ditindas dan apa peranan kita?
16 Ogos 2012
Selepas maghrib
DIMAN KHAS : Save Rohingya di Kolej Kediaman UTeM Murni


Fasa kedua :

Tarikh
Masa
Aktiviti
10 September 2012
8pagi – 5 petang
Pelancaran Campaign : Save Rohingya With Donation fasa ke-2 dan tabung derma di setiap penjuru masjid
13 September 2012
Selepas Solat Maghrib di Kolej Kediaman TTU 3
DIMAN khas : Isu Umat Islam Sedunia
14 September 2012
8pagi – 5 petang
Tazkirah Jumaat Mengenai Isu Masyarakat Islam yang ditindas dan apa peranan kita?
Flashmob Campaign : Save Rohingya


#HEALTHEWORLD

"WITH UKHUWAH WE CARE"

MOHAMAD NAZMI BIN ASARUDDIN
(EXCO PENERBITAN DAN PENERANGAN)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...