[KEMPEN : SELAMATKAN
MUSLIM ROHINGYA]
Syukur
Alhmadulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih
lagi diberikan kesempatan untuk menghirup angin ramadhan pada tahun ini. Sedar
mahupun tidak, bulan ramadhan kini hamper melewati fasa 10 hari yg terakhir
dimana Allah S.W.T menjanjikan satu malam dimana malam tersebut Allah S.W.T
melipat kali gandakan pahala amalan kita, iaitu malam Lailatul Qadar. Firman
Allah S.W.T :
“Malam kemuliaan itu lebih
baik dari seribu bulan” [Al-Qadr : 3 ]
Mudah-mudahan
kita dapat menggunakan sepenuhnya tempoh masa yang ada sebelum berlabuhnya
tirai Ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan amalan-amalan yang mana dapat
memberikan ganjaran dan menyelamatkan kita di akhirat kelak, InsyaAllah..
Dikala
kita mengharungi saki baki bulan Ramadhan yang penuh dengan kerahmatan dan
keampunan dari Allah S.W.T ini, tidak dilupakan isu saudara seaqidah kita yang
dizalimi dan dihina, iaitu minoriti Muslim Rohingya di Myanmar. Begitu ramai
masyarakat Muslim rohingya menjadi pelarian yang sebahagiannya berada di negara
kita ini akibat daripada penindasan yang mereka terima di tanah air mereka
sendiri.
Pada
asalnya, negara Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara
berbilang etnik, agama dan budaya (terdapat
137 etnik kesemuanya).
Masyarakat
Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas
Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di
wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil
berbanding Rohingya.
Namun,
persepsi masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa Rohingya adalah ‘kaum pendatang’ dari
keturunan Benggali – dibawa masuk oleh British untuk dijadikan buruh kasar.
Kemudian mereka mendakwa kononnya penduduk Benggali menyeberangi sempadan dan
memasuki Arakan beramai-ramai secara haram disebabkan kepadatan kependudukan di
Bangladesh.
Atas
premis itulah pemerintah Myanmar sejak 1942 dan etnik-etnik yang beragama
Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai pendatang asing yang
tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.
Selama
50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta tentera – Rohingya
mengalami penyisihan - tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap
Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.Rohingya
dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan.
Bermacam-macam halangan dan
kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-
- Pergerakan dari bandar ke bandar disekat
- Perkahwinan mesti mendapat kebenaran
daripada pihak tentera dan dikenakan
bayaran
- Aktiviti keagamaan dilarang
(dilarang membena masjid,madrasah, menyembelih binatang qurban dsbnya)
- Cukai dikenakan secara arbitrari
- Tangkapan dibuat ikut suka hati
- Peras ugut
- Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)
- Tanah masyarakat Rohingya dirampas
dan penduduk dihalau dari kampong halaman (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)
- Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat
kerajaan
- Rohingya tidak dibenar menjadi guru
- Rohingya disekat mendapat pendidikan
tinggi
- Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang –
contohnya tidak boleh melaungkan azan, penyembelihan binatang korban
- Identiti Rohingya dipadamkan dalam
buku sejarah - termasuk subjek sejarah yang diajar di sekolah
Pembunuhan
kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya
dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu
orang, habis lenyap dari bumi Myanmar.Orang tua, dewasa, kanak-kanak bayi tidak
kira lelaki ataupun perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam
lingkungan seribu lebih perempuan dirogol sampai mati, ada yang disembelih,
kanak-kanak diikat ditangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh.Manakala
mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar.
Begitu
dasyat dan tidak berperikemanusiaan penindasan yang telah dilakukan oleh puak
pelampau terhadap orang muslim Rohingya
di Myanmar.
Oleh
itu, kelab Badan Dakwah & Rohani (BADAR) Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTeM) dengan kerjasama Pusat Islam dan HEPA UTeM telah mengadakan
kempen ‘Save Rohingya With Donation’ yang mana kempen ini bertujuan untuk
mengutip derma yang akan disumbangkan kepada persatuan Majlis Ulama Rohingya.
Kempen ini akan
diadakan mengikut 2 fasa. Fasa yang pertama pada 8 ogos 2012 hingga 17 ogos
manakala fasa yang kedua pada 10 september hingga 21 september 2012.
Fasa
pertama :
Tarikh
|
Masa
|
Aktiviti
|
8 Ogos 2012
|
1.40 petang
|
Pelancaran Campaign : Save Rohingya With Donation dan
tabung derma di setiap penjuru masjid
|
10
Ogos 2012
|
Sebelum
Solat Jumaat (12.30pm)
|
Tazkirah
Jumaat Mengenai Isu Masyarakat Islam yang ditindas dan apa peranan kita?
|
16 Ogos 2012
|
Selepas maghrib
|
DIMAN KHAS : Save Rohingya di Kolej Kediaman UTeM Murni
|
Fasa
kedua :
Tarikh
|
Masa
|
Aktiviti
|
10 September 2012
|
8pagi – 5 petang
|
Pelancaran Campaign : Save Rohingya With Donation fasa
ke-2 dan tabung derma di setiap penjuru masjid
|
13 September 2012
|
Selepas Solat Maghrib di Kolej Kediaman TTU 3
|
DIMAN
khas : Isu Umat Islam Sedunia
|
14 September 2012
|
8pagi – 5 petang
|
Tazkirah
Jumaat Mengenai Isu Masyarakat Islam yang ditindas dan apa peranan kita?
Flashmob
Campaign : Save Rohingya
|
#HEALTHEWORLD
"WITH UKHUWAH WE CARE"
MOHAMAD NAZMI BIN ASARUDDIN
(EXCO PENERBITAN DAN PENERANGAN)
salam.. en nazmi asal perak ke???
ReplyDeleteyup..knape ye
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete