Followers

Wednesday, November 28, 2012

:: GEMPAQ 2012 ::

Tepat jam 2.30 petang 25 november 2012 tamat lah sudah kem GEMPAQ (Generasi Pemuda Al-Quran) yang diadakan di Tapak Perkhemaham Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Walaupun berpenat lelah sepanjang berprogram di Taman Botanikal, namun, segala penat lelah tersebut berbaloi dengan sebakul ilmu yang dibawa pulang untuk diamalkan di rumah. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua sahabat2 UTeM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Panjang umur, kita bertemu lagi didalam kem2 yang akan datang, insyaAllah..

~uhibbukum fillah~

#sekadar bingkisan kenangan... sekiranya ingin melihat dengan lebih lagi, boleh la ke FB kami di BADAR UTEM

pembahagian ahli kumpulan

makan.. makan.. makan.. :D

khusyuk mendengar.. ;)

para muslimat solehah.. amin... ;)

eh?? termenung pula adik kita ni..


persoalan?? ajukan.. ;)

haa... cek tag nama.. ;)

wahh.. berkaliber muslimin group ni.. ;)

walaupun letih, tapi mampu tersenyum.. ;)

terakhir dari kami... :D


Thursday, November 22, 2012

::GEMPAQ!! kembali berprogram bersama BADAR::

Setelah sekian lama menyepi, kini BADAR kembali aktif.. kali ini kami menyediakan kem GEMPAQ (Generasi Pemuda Al-Quran) khas kepada anda semua sahabat-sahabat UTeM sekalian. Program ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 24 & 25 nov 2012, bertempat di tapak perkhemahan taman botanikal, ayer keroh, melaka.

Tujuan utama kami berprogram pada kali ini adalah untuk mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk mendalami cara hidup berlandaskan al-Quran, panduan dan utusan umat islam sepanjang zaman. Ramai antara kit yang terlupa dan terleka akan panduan kita yang utama tersebut. Dengan itu, kami mengambil inisiatif untuk membantu sahabat-sahabat bersama kita mendalami al-Quran, dan jadikan ianya sebagai 'manual' hidup kita.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:-

IKHWAN : 013-4078738
NURAINI : 019-5127937

#semoga kita mampu menjadi pemuda-pemudi Islam acuan Al-Quran yang gempak..



...with ukhuwah, we care...



Saturday, November 17, 2012

.: Silence Is Betrayal ( Isu Palestin kini ) :.

Baru-baru ini, kita selaku umat Islam di Malaysia khususnya dikejutkan dengan berita saudara kita di Gaza yang menerima lagi siri serangan oleh IDF ( Israel Defence Forces ) bertalu-talu sejak beberapa hari lepas tatkala kita menyambut Awal Muharram 1434H. IDF sememangnya mensasarkan individu kuat Briged Al-Qassam iaitu Komander Ja'bari dan beliau terbunuh bersama dengan anaknya apabila kereta dipandunya dibedil oleh peluru berpandu Israel.

Kini, jumlah korban semakin meningkat, turut terbunuh adalah wanita, kanak-kanak kecil dan juga bayi yang baru berumur 3 bulan. Israel, seperti biasa, menggunakan alasan ini (melancarkan serangan ke Gaza) adalah untuk mempertahankan rakyat mereka daripada HAMAS yang digelar sebagai pengganas.

Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) UTeM berkeras menolak kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Kami sepakat melihat isu ini, bukan hanya sebagai isu agama, tetapi juga melihat isu ini di kaca mata kemanusiaan. Kami :-

1. Membantah sekeras-kerasnya tindakan PM Israel, Benjamin Netanyahu, Barack Obama ( US ) dan sekutunya yang merelakan pencerobohan dan menyokong tindakan Israel.

2. Mendesak pihak berwajib ( kerajaan, pembangkan, OIC, Liga Arab, PBB , UN ) yang mempunyai suara untuk segera bersidang dan mencapai resolusi mengecam tindakan Israel.

3. Bersama-sama dengan segala pertubuhan/institusi/badan/kelab yang turut mengecam tindakan Israel yang mencabuli hak kemanusiaan di Gaza.

4. Menyeru Mahasiswa/i khususnya mahasiswa/i UTeM untuk cakna akan isu sejagat ini dan mengunakan segala kemampuan yang ada untuk menjadi penyambung lidah tentang isu ini dan juga berusaha membantu dengan segala kudrat yang ada untuk membantu Gaza ( melalui doa, sumbangan wang dan lain-lain )

5. Menyeru Mahasiswa/i khususnya mahasiswa/i UTeM untuk tidak melupakan juga saudara 1 akidah kita di Myanmar , di Syria, di Chehnya, dan saudara Islam yang ditindas di seluruh dunia. Bantulah dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita.

Kami, saf pimpinan BADAR UTeM yakin dan percaya, kemenangan Islam dan keizzahan Islam akan bersinar kembali dan kemenangan Islam itu semakin hampir. Semoga usaha kita semua, dalam segala bentuk pertolongan di berkati oleh Allah dan menjadi hujjah di hadapan Allah SWT akan usaha kita membantu saudara islam kita. Justeru, dengan bertemakan "Silence Is Betrayal" yang bermaksud "Mendiamkan diri @ senyap adalah pengkhianat" maka ayuh mahasiswa/i sekalian kita cakna tentang saudara Islam kita yang lain. Sebagaimana dengan Hadis Nabi SAW yang bermaksud

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).











Mohd Ikhwan Bin Saupi
Exco Kepimpinan Dan Dakwah
BADAR UTeM
17 Nov 2012 / 3 Muharram 1434H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...