Followers

Saturday, November 17, 2012

.: Silence Is Betrayal ( Isu Palestin kini ) :.

Baru-baru ini, kita selaku umat Islam di Malaysia khususnya dikejutkan dengan berita saudara kita di Gaza yang menerima lagi siri serangan oleh IDF ( Israel Defence Forces ) bertalu-talu sejak beberapa hari lepas tatkala kita menyambut Awal Muharram 1434H. IDF sememangnya mensasarkan individu kuat Briged Al-Qassam iaitu Komander Ja'bari dan beliau terbunuh bersama dengan anaknya apabila kereta dipandunya dibedil oleh peluru berpandu Israel.

Kini, jumlah korban semakin meningkat, turut terbunuh adalah wanita, kanak-kanak kecil dan juga bayi yang baru berumur 3 bulan. Israel, seperti biasa, menggunakan alasan ini (melancarkan serangan ke Gaza) adalah untuk mempertahankan rakyat mereka daripada HAMAS yang digelar sebagai pengganas.

Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) UTeM berkeras menolak kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Kami sepakat melihat isu ini, bukan hanya sebagai isu agama, tetapi juga melihat isu ini di kaca mata kemanusiaan. Kami :-

1. Membantah sekeras-kerasnya tindakan PM Israel, Benjamin Netanyahu, Barack Obama ( US ) dan sekutunya yang merelakan pencerobohan dan menyokong tindakan Israel.

2. Mendesak pihak berwajib ( kerajaan, pembangkan, OIC, Liga Arab, PBB , UN ) yang mempunyai suara untuk segera bersidang dan mencapai resolusi mengecam tindakan Israel.

3. Bersama-sama dengan segala pertubuhan/institusi/badan/kelab yang turut mengecam tindakan Israel yang mencabuli hak kemanusiaan di Gaza.

4. Menyeru Mahasiswa/i khususnya mahasiswa/i UTeM untuk cakna akan isu sejagat ini dan mengunakan segala kemampuan yang ada untuk menjadi penyambung lidah tentang isu ini dan juga berusaha membantu dengan segala kudrat yang ada untuk membantu Gaza ( melalui doa, sumbangan wang dan lain-lain )

5. Menyeru Mahasiswa/i khususnya mahasiswa/i UTeM untuk tidak melupakan juga saudara 1 akidah kita di Myanmar , di Syria, di Chehnya, dan saudara Islam yang ditindas di seluruh dunia. Bantulah dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita.

Kami, saf pimpinan BADAR UTeM yakin dan percaya, kemenangan Islam dan keizzahan Islam akan bersinar kembali dan kemenangan Islam itu semakin hampir. Semoga usaha kita semua, dalam segala bentuk pertolongan di berkati oleh Allah dan menjadi hujjah di hadapan Allah SWT akan usaha kita membantu saudara islam kita. Justeru, dengan bertemakan "Silence Is Betrayal" yang bermaksud "Mendiamkan diri @ senyap adalah pengkhianat" maka ayuh mahasiswa/i sekalian kita cakna tentang saudara Islam kita yang lain. Sebagaimana dengan Hadis Nabi SAW yang bermaksud

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).











Mohd Ikhwan Bin Saupi
Exco Kepimpinan Dan Dakwah
BADAR UTeM
17 Nov 2012 / 3 Muharram 1434H

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...