Followers

Monday, May 12, 2014

Ikhtilat Yang Dilupakan

Apa hukum perbualan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram melalui internet ( Chatting )?…


JAWAPAN :

Tidak harus atau haram hukumnya perbualan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram melalui internet ( Chatting ) kecuali pada had yang sangat diperlukan sahaja.

Ini kerana  

perbualan melalui internet ( Chatting ) membuka pintu kearah perbuatan sia-sia dan kejahatan, membuka pintu masuk bagi syaitan dan lubang fitnah dan kerosakan.

Allah Taala telah memuji kaum mukminin atas sifat mereka yang memalingkan diri daripada perkara sia-sia.  Allah berfirman
“ (kaum mukminin itu) mereka yang memalingkan diri daripada perkara-perkara yang lagho(sia-sia)” (surah al mukminun ayat 3)
                           
Selain itu, perkara ini turut membuang masa tanpa apa-apa faedah. Allah Taala telah melarang kita daripada saling bantu-membantu dalam  perkara dosa dan jahat seperti dalam firmannya di dalam surah  Al-Maidah ayat 2 dan juga Allah telah memerintahkan supaya ditutup pintu-pintu yang menghala kearah fitnah seperti dalam firmannya dalam  surah Al An’am ayat 108.

Justeru, sekadar itu perkongsian daripada saya. Maafkan saya atas segala kekurangan, hakikatnya teguran ini adalah untuk renungan kita bersama juga. Dalam tidak sedar, kita mungkin seringkali terlupa bahawa kita adalah manusia biasa, yang tidak lepas daripada kesalahan. Nasihat, adalah salah satu mekanisme untuk menjernihkan kembali hati-hati yang terpalit dengan noda maksiat. Insha Allah.



Wallahualam,, Tweet Sekarang - http://ctt.ec/Wfo0d

Artikel Berkaitan:








WAN ZAHARAH BINTI WAN SULONG
BENDAHARI
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...