Followers

Monday, June 2, 2014

Ujian Ukuran Keimanan Kita Kepada Allah SWT


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat UTeM serta BADARian yang dikasihi oleh Allah swt…Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang masih memberi ruang dan peluang untuk terus berkongsi ilmu,berkongsi idea serta pandangan di ruangan ini..Selawat dan salam buat junjungan besar kekasih yang tercinta Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, dan sahabat baginda..Cukup besar pengorbanan seorang insan yang bernama Muhammad Bin Abdullah, insan yang mana dikasihi insan di bumi dan juga dilangit.Pengorbanan dan penat lelah yang telah dicurahkan sepanjang hidup baginda menyebabkan Islam telah tersebar dimuka bumi dan dapat dinikmati oleh kita pada hari ini dengan aman dan damai..Alhamdulillah…

Tweet: http://ctt.ec/6P6t4+Bercerita berkaitan coretan hidup kita sebagai seorang pelajar banyak perkara yang perlu kita ambil peduli dan cakna dalam usaha kita untuk menjadi seorang pelajar yang mana bukan hanya cemerlang daripada segi akademik tetapi juga cemerlang daripada sudut sahsiah dan  agama
.Sesungguhnya saya bukanlah orang yang paling layak untuk membicarakan berkenaan perkara ini, tetapi dengan ihsan dan rasa prihatin terhadap diri ini dan juga sahabat-sahabat semua, menguatkan diri ini untuk kita sama-sama saling ingat-memperingati sesuai dengan saranan Allah dalam firmannya :

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang-orang yang beriman" (Surah Al-Dzariyat :: Ayat 55)

Atas inisiatif inilah membuatkan saya bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk kita  saling ingat memperingat sesama kita.Semoga dengan peringatan yang diberikan dapat kita sama-sama mengambil pengajaran dan mengamalkan dalam kehidupan kita seharian dalam usaha untuk menjadi bukan seorang muslim semata-mata bahkan menjadi seorang muslim dan mukmin yang professional..insyaAllah..

            Pejam celik pejam celik kita sudah berada di minggu peperiksaan dalam jadual pembelajaran kita sebagai seorang pelajar di UTeM..Ada pelajar yang terus fokus dengan pembelajarannya ,ada yang masih dalam keadaan selesa memikirkan masa yang masih panjang, ada yang masih memikirkan berkenaan nasib mereka di universiti memandangkan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan dalam peperiksaan lepas..Pemfokusan tulisan saya pada kali ini adalah untuk pelajar yang mana resah memikirkan keadaanya di universiti mengenangkan keputusan peperiksaan lepas yang teruk.Baik..

Sahabat-sahabat semua,

            Saya yakin dan percaya ramai sahabat-sahabat pernah mendengar beberapa bait-bait lagu nasyid ini 

“..hidup tidak selalunya indah,langit tak selalu cerah..”
“..dalam derita ada bahagia, dalam gembira mungkin terselit duka, tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu.”

Jika kita perhatikan apa yang cuba disampaikan oleh bait-bait lagu ini memang kena dengan konsep kita sebagai seorang manusia..Setiap apa yang berlaku kepada kita merupakan satu ujian  dan cabaran oleh Allah bagi kita dalam menjalani liku-liku hidup di dunia yang penuh pancaroba ini untuk menguji setiap hambaNya selaras dengan firman Allah swt.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: ayat 2-3).


            Setiap kesenangan,kesusahan,kejayaan dan juga kegagalan yang kita hadapi semuanya datang daripada Allah dan kita perlu yakin dan percaya setiap apa yang datang daripada Allah swt adalah baik dan diperingkat kitalah yang akan menguruskan perkara tersebut..Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang diuji kerana ujian itu merupakan satu peringatan dan tanda kasih dan sayang pada hambaNya.Kita gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya..Semua perkara bergantung kepada diri kita sama ada menilai perkara itu dari sudut positif atau negatif..Dekatkan diri dengan Allah,mohon doa dan bimbingan dariNya mungkin ada sebab-sebab yang menghalang dan banyakkan bersabar..Teringat saya dengan kata-kata Ustaz Pahrol

“..jangan dipinta diringankan ujian,pintalah kepada Allah hati yang kuat untuk menghadapi ujian dan cabaran yang datang pada kita”

Jangan bersedih dengan keputusan peperiksaan yang kita perolehi dengan hasil usaha dan jugak titik peluh kita sendiri kerana itulah cara yang benar dalam meperolehi keberkatan dan keredhaan atas apa yang kita pelajari..Sebaliknya kita semua perlu risau sekiranya kejayaan yang kita perolehi dengan hasil meniru dan bukan dengan cara sebaiknya kerana tiada keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt ..Bagaimana keberkatan itu boleh muncul sekiranya jalan yang kita ikuti merupakan jalan yang tidak diredhai oleh Allah swt?? Sama-sama kita fikirkan..

                Sebagai penutup sama- sama kita renungkan ayat-ayat cinta dari Allah swt buat pengubat duka dan lara untuk hamba-hambaNya..Kadang-kadang kita bertanya pada diri, mengapa ujian seberat ini ditimpakan pada aku? Ingatlah al-qur'an ada menjawab:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
 (Surah Al-Baqarah ayat 286).

Kadang-kadang kita bertanya pada diri, mengapa aku tidak memperolehi apa yg aku idam-idamkan? Ingatlah al-qur'an ada menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
 (Surah Al-Baqarah ayat 216).


Moga dengan perkongsian yang kita lakukan ini akan menjadi titik tolak dalam membawa perubahan dalam diri kita kearah yang lebih baik dari semalam..insyaAllah..Kita sebagai insan bernama manusia hanya mampu berusaha dan mencuba untuk melakukannya selainnya berserah pada Allah kerana DIAlah sebaik-baik perancang dan pemberi segala kurnia..



Segala salah dan silap saya mohon seribu kemaafan..Sekian..

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...