Followers

Friday, March 25, 2011

Ya Allah, Aku Mahu Berubah...



Ya allah..
syukur di atas nikmat pancaindera-mu..
dengan penglihatan…
aku dapat melihat segala kekuasaan-mu…
mengagumi segala kebesaran-mu…

Namun.. dengannya jualah…
aku melakukan kemungkaran pada-mu..
menjerumuskan diriku ke lembah dosa..
melihat pada yang tak sepatutnya...
membuatkan diri ini alpa saat hidayah-mu tiba 




Seketika ku tersedar…
mungkin belum terlambat…

untukku pahatkan dalam diri…
bahawa… aku mahu berubah…!!!

Ya allah…
jika dulu aku angkuh di bumi-mu…
alhamdulillah…
hidayah-mu mematahkan keangkuhanku..
membangunkan sifat malu…
yang selama ini tersorok dalam diri..




Ku tundukkan pandanganku…
yang selama ini meliar...
ku timbulkan kekeliruan..
pada teman-teman..
ku tempis segala teguran sinis..
ku tekadkan dalam kalbuku...
bahawa… aku mahu berubah…!!!

Ya allah…
jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-mu...
terleka dengan duniawi…
terkadang ku abaikan ukhrawi…


 
Subhanallah…
sesungguhnya kekuasaan-mu yang paling agung...
kau sedarkanku di saat aku hanyut… masih tak terlambat…
untuk suatu perubahan…
ku akur pada kekuasaan-mu…
lantas…
ku laungkan dalam hatiku…
aku mahu berubah…!!!



Ya allah…
ku pohon hidayah-mu…
duhai ayahanda & bonda, sahabat-sahabat serta teman-teman…
bantulah daku… bimbinglah daku…
dalam mencari… cinta yang paling agung..
cinta yang esa…
sesungguhnya…
aku mahu berubah…!!!
  Sebelum ajal menjemput tiba...




Salam mahabbah sahabat2 sekalian. Moga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan ALLAH.
Mustahilkah? Susahkah untuk BERUBAH? Pasti jawapannya tidak mustahil. Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Hmmmm.....
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perubahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Utamakanlah Pandangan ALLAH daripada Pandangan MANUSIA
Bila sekali PINTU HATI diketuk, BERSYUKURLAH...
kerana kita tidak tahu bila lagi ALLAH akan kurniakan HIDAYAHNYA kepada kita...

Wallahu'alam... 

4 comments:

  1. hamdulillah.tpi langkah dalam perubahan juga hendaklah teratur. semangat perubahan yang membara tu kenalah di catu sedikit demi sedikit, supaya bekalannya tidak akan habis, sehingga semangat melakukan perubahan yang baru kunjung tiba. tapi, antara berubah dan bertahan dalam perubahan mana lebih penting?

    ReplyDelete
  2. FASTAQIM KAMA UMIRTA (Beristiqamahlah seperti yang diperintahkan...) Istiqamah lebih UTAMA

    ReplyDelete
  3. LAKSAMANA MEEKUNINGMarch 25, 2011 at 11:50 PM

    Dalam kita teruskan perjalanan, kadang2 tidak dapat lari dlam melakukan kesilapan..teruskan mujahadah..jgn putus asa dengan hidayahNya..

    ReplyDelete
  4. anynomous & laksamana: ye btul. BERTAHAN dlm prubhn lbih pnting. strategi berubah mstilh tbaik. sbb 2 Allah sruh bjln dn phatikn kesan2 tggln sjarah, utk mnusia mngmbil ibrah dn x jtuh dlm lubang hitam yang sama.
    utk stiap khilaf ykta buat, kta kna jelas ap sbb blaku dan cara2 atasi spya kta xmmungkiri taubat.
    walau begerak lagi sukar dari sekadar berkata, tapi satu gerak masa ini memungkinkan capahan kesan yang jauh lebih baik. mga kta broleh istiqamh itu, saudaraku(",)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...