Followers

Monday, April 18, 2011

Soalan BOCOR



Kita semua sudah maklum, bahawa setelah nyawa berpisah dari jasad, tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi manusia, malaikat akan hadir dan kita akan ditanya soalan-soalan yang lazim telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan sakaratulmaut. Soalan-soalan itu adalah SOALAN BOCOR.

1. Siapa Tuhan kamu?
Allah s.w.t

2. Apa agama kamu?
Islam.

3. Siapa nabi kamu?
Rasulullah s.a.w

Ya, kita pasti tahu jawapannya saat ini. Tetapi kita harus faham tentang satu perkara. Alam barzakh dan akhirat adalah alam yang sama sekali berbeza dengan kehidupan di dunia. Andai kita rasakan menjawab soalan-soalan tersebut sama seperti menjawab soalan-soalan peperiksaan, maka kita silap besar. Kekuatan ingatan, kecerdasan minda dan tahap pendidikan tidak akan menjamin kita mampu menjawab kesemua soalan tersebut dengan cemerlang. Sebaliknya, apa yang menentukan  kita berjaya atau tidak menjawab soalan-soalan tersebut adalah dengan AMALAN kita di dunia. Oleh itu, bagi menjawab soalan-soalan di atas dengan cemerlang, perhatikan pelan tindakan di bawah:

Soalan : Siapa Tuhan kamu?
Pelan Tindakan : Tauhidkan Allah, sembah dan laksanakanlah ibadah sebaiknya

Soalan : Apa agama kamu?
Pelan Tindakan : Jadikan Islam sebagai cara hidup

Soalan : Siapa nabi kamu?
Pelan Tindakan : Menyayangi Rasulullah s.a.w dan mengikuti sunnah Baginda.

"Selamat menduduki peperiksaan akhir. Manfaatkan Study Week ini sepenuhnya."

Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan

Thursday, April 14, 2011

Alahai Tudung....


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka.” (QS. An Nur: 31)

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.” 
(QS. An Nur: 31)

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31)

“Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nur: 60)

“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 (QS. Al Ahzab: 59)


Renung-renungkan dan Selamat Beramal ^_^ Y

Wednesday, April 13, 2011

Kamar Syurga

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. 


 

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat. "Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya. 

Tuesday, April 12, 2011

Kisah Guru Dan Murid



Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"  

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. 

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi batil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. 

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..." 

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. 

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. 

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar. 

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." 

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " 

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar". 

Renungilah sahabat semua.. 

Tolong sebarkan pada saudara2 Islam kita. Semoga allah memberi taufiq dan hidayah pada kita dan keluarga kita. Marilah kita sama2 sedar bahawa agama, bangsa dan tanah air kita semakin terancam! 

Umat Islam semakin mudah dibeli dengan wang ringgit, dilalaikan dengan keindahan dan memuja keseronokan hidup, hingga hilang maruah dan harga diri.

Marilah, kita betulkan apa yg termampu bersama2. Usah hanya bila segalanya sudah terjadi, baru kesedaran itu timbul, mungkin masih belum terlambat untuk merubah dan membaiki kerosakan yg dialami. 

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami… 

Monday, April 4, 2011

Untukmu Pemuda & Pemudi: Pesanan As Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Wahai anak-anakku, 

Telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan Solat Subuh secara berjamaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta mencontohi kehidupan Rasulullah SAW. 


Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk Solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekati diri kepada sunnah Nabi kalian yang Agung.

Wahai para pemuda, 

Aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh-kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah Subhanahu Wa Taala dan memohon keampunan dariNya agar Dia memberi rezeki yang berkah kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan "cinta" kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata "amal", "kerja" dan "zikir" kepada Allah. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku,

Aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian akan mengambil peduli tentang Agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, 

Aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghjadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan Agama dan Ilmu. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah dengan Agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakkallah kepada ALLAH. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...