Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Jom sahabat-sahabat kita membaca satu kisah yang sangat menarik ini. Harap kita semua mendapat manfaat daripada kisah ini,InsyaALLAH.
Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah s.a.w bersama para sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika Rasulullah s.a.w sedang mengajarkan ilmu agama kepada para sahabat , tiba-tiba datang seorang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Kecantikan perempuan tersebut menyebabkan semua para sahabat memandang ke arahnya. Kemudian perempuan tersebut menyatakan hasratnya agar Rasulullah saw mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda saw,tetapi dengan 3 syarat.
Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzu’. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahaba-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan peempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh di belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.
Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya,akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran,kurang beribadat pada waktu malam dan kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa dengan Rasulullah saw dan menceritakan hal suaminya yang mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah saw memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.
Lalu sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah : Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu’ daripada al-Quran? Jadi aku menbacanya senbanyak tiga kali. Rasulullah saw menjawab: Ya.
Kemudian Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Baragsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, maka pahalanya seperti berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah saw menjawab : Ya. Dengan keriga-tiga jawapan tersebut,Rasulullah saw dan isterinya meraikan dengan senyuman kesyukuran..
Harap segala intipati-intipati yang kita dapat daripada cerita ini dijadikan amalan kita di dunia yang sementara ini.
“With Ukhuwah We Care”