Followers

Wednesday, September 21, 2011

Maki Je Kerja Ko..







kesimpulannya:


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
Huraian:
  • Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

2 comments:

  1. ana pernah dengar cerita dari org yg pernah di kata oleh kawan dia sendiri,kwn dia kata "besar nye tahi lalat kat muka ko"...

    slps kawan dia dh kahwin, anak yg dilahirkan 2, kat muka anak dia lebih besar tahi lalat drpd muka kwn yg dia umpat tadi...

    bahaya klu mengata org ni, silap2 ari bulan jadi kat kita...

    nauzubillah....

    ReplyDelete
  2. sama-samalah kita mencuba sedaya upaya untuk menjaga lidah kita daripada mengungkapkan kata-kata yang tidak berfaedah. banyak lagi perkara yang berfaedah yang apabila dilakukan mendapat pahala,sebagai contohnya berzikir,memerhati ciptaan tuhan..dan banyak lagi.. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang soleh. insyaALLAH.. "With Ukhuwah We Care" =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...