Suatu hari, Rasulullah s.a.w memberitahu Fatimah bahawa dia bukanlah wanita pertama yang masuk ke syurga. Fatimah sangat sedih dengan perkhabaran itu dan cemburu kepada wanita tersebut.Fatimah tertanya-tanya apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga?Fatimah lantas bertanya kepada ayahandanya. Rasulullah tidak menjawab, sebaliknya berkata:“Pergilah anakku ke rumah wanita tersebut”.
Fatimah pun lantas bersiap untuk pergi ke rumah wanita tersebut. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Muti’ah, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana tidak mendapat keizinan dari suaminya. Maka Fatimah pulang kembali dan dating semula pada keesokan harinya.
Pada hari kedua, Fatimah datang bersama anak-anaknya al-Hassan dan al-Husain pula. Sekali lagi Muti’ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke dalam rumah kerana Muti’ah meminta izin hanya untuk Fatimah sahaja, tidak untuk anak-anaknya.
Maka, sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana belum lagi dapat menyelidik keistimewaan atau amalan wanita itu.Pada hati ketiga, barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam oleh Muti’ah. Mereka pun berbual-bual di samping Fatimah memerhati kepada wanita yang istimewa itu. Namun pada firasat Fatimah, dalam pertemuan itu tidak ada apa-apa yang istimewa tentang wanita ini, sehingga dia layak menjadi wanita pertama yang masuk syurga.
Ketika sedang berbual-bual itu, tiba-tiba Muti’ah bangkit dari tempat duduknya dan segera bersiap diri. Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya Muti’ah bersiap-siap untuk menyambut kepulangan suaminya.
Muti’ah menyambut kepulangan suaminya dengan menyediakan 3 perkara; segelas air untuk menghilangkan dahaga suaminya, sedikit makanan bagi menghilangkan lapar dan sebatang tongkat untuk digunakan oleh suaminya bagi menghukumnya jika dia berbuat salah sepanjang pemergian suaminya, serta memakai pakaian yang cantik untuk tatapan suaminya.
Fatimah pulang dengab peraasan penuh kagum dan terharu dengan layanan istimewa yang diberikan oleh Muti’ah kepada suaminya. Fatimah terus mendapat Rasulullah untuk menceritakan apa yang dialaminya di rumah wanita itu. Dengan penuh rasa rendah diri beliau mengakui bahawa Muti’ah sememangnya layak menjadi wanita pertama yang masuk syurga kerana ketaan yang tidak berbelaj bagi kepada suaminya.
Rasulullah memujuk Fatimah denfan khabarkan Muti’ah ialah wanita yang akan menjadi penarik kudanya di syurga nanti.“Maka sebab itu dia masuk dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk ke syurga”, rasulullah memujuk sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih.
No comments:
Post a Comment