Puji dan syukur dihadiahkan buat Al-Khaliq ALLAH SWT yang masih sudi meminjamkan diri ini dengan nikmat iman dan islam, masih dalam keadaan sihat jasad dan rohani.
Sudah lama rasanya tidak berkongsi sesuatu di blog ni, dengan kekangan-kekangan yang di hadapi, akhirnya hari ini dapat saya berikan sedikit perkongsian kepada para mahasiswa UTeM. Sebenarnya agak lama ingin dibicarakan isu ini, IKHTILAT DI ALAM MAYA. Secara majoritinya, rata-rata di antara kita tidak pernah terlepas dari perkara ini, ALAM MAYA yang merupakan antara medium utama yang digunakan oleh golongan mahasiswa pada masa kini. Sesungguhnya garapan artikel ini saya nukilkan khusus utk mengetuk diri sendiri yang sering lalai dan lemah ini, semoga menjadi peringatan yang berguna juga buat semua.
"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)
Dengan perkembangan zaman yang kian moden lagi canggih,pelbagai medium menjadi tapak kepada sebaran maklumat, Alhamdulillah apabila digunakan ke jalan yang betul. Namun, begitu sedar atau tidak, berapa banyak laman-laman sosial yang ada di internet ini kita gunakan dengan sebenar-benar dalam menyampaikan maklumat dengan betul ?..
Namun, marilah kita renung sejenak..
SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram.
Contohnya melalui shoutbox, sistem pesanan ringkas (sms), facebook, Yahoo Messenger (YM) dan lain-lain.
Peringatan buat diri ini, dalam 10 penggunaan, sedar atau tidak boleh dikatakan 8 daripadanya membawa kita kepada kelalaian. Sebagai seorang muslim, kita sering meletakkan " menjaga ikhtilat‟ dalam diri namun apabila berada di alam maya, kita mnjadi LUPA DIRI. Baik lelaki mahupun perempuan, astaghfirullahalzim, sedar kah kita?
APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?
Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara lelaki dan perempuan yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:
- Meraikan suasana
Pastikan tidak meleret-leret hingga keluar dari topik asal.
- Perincian Topik
Perincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu.
- Menjaga adab-adab percakapan
Hubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk berbincang dan memberi maklumat
Perlu kita sentiasa beringat sebagaimana dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab.”
Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci.”
FirmanNya yang bermaksud:
“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”
Maka perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya ini supaya ianya tidak membuka kepada perkara lagha dan tidak lari daripada tujuan asal.
Sama-samalah kita koreksi diri, adakah kita menjaga setiap perlakuan kita? Beruntunglah Yahudi melihat lambakan dari orang-orang islam sendiri menggunakan ciptaan mereka mengikut acuan yang mereka tetapkan, mencapai objektif untuk melalaikan. Ini baru sentuh bab ikhtilat di alam maya, belum lagi bagaimana kita melalaikan dri dengan nikmat kemajuan ini.
Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan bergurau dan mengusik.
Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.
“Isk, seronoknya kacau „dia‟ ni.”
“Hari ni apa update dia di facebook ye?”
Sejurus sahaja orang yang diminati update status di facebook, terus sahaja ditinggalkan komen di facebook mereka.
Jadi, sama-samalah kita cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi seorang ‘penagih’ kepada laman sosial yang menyebabkan kita lalai tetapi jadilah kita ‘ketagih’ utk mendapat mardhatillah.
KESIMPULAN: Ikhtilat dalam Islam terbahagi kepada dua:
Ikhtilat Syar'ie dan Ikhtilat Tak Syar'ie.
Ikhtilat Syar'ie dibenarkan oleh Islam berdasarkan hukum harus iaitu khusus kepada sebarang bentuk muamalah maslahat umum selagi mana tidak bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.
Manakala Ikhtilat Tak Syar'ie adalah dilarang oleh Islam kerana jelas bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.
Maka, kesimpulannya terpulang kepada kita untuk menggunakan mana² kaedah yang dirasakan terbaik dan sesuai bagi diri masing². Samada syadid atau mu'tadil, keras atau bertolak ansur, kerana Islam adalah agama yg mudah dan tak membebankan berdasarkan syarah atau huraian sebuah Hadis Sahih yg juga merupakan salah satu daripada kaedah utk kita beramal dgn agama Islam ini:
al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil yg hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita).
al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil yg hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita).
Sila respon demi maslahat bersama.
waAllahu'alam bi ilmin Zaid 'Ala Zatih.
" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil"
Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim)
Ini sebagai peringatan bersama..... Sama2 kita insafi dri.
Nukilan.
YDP Badan Dakwah & Rohani (BADAR)
MOHD KHAIRUL HAFIZAN BIN NE'MAT
Nukilan.
YDP Badan Dakwah & Rohani (BADAR)
MOHD KHAIRUL HAFIZAN BIN NE'MAT