Followers

Tuesday, September 18, 2012

Pilih Jangan Tak Pilih

Bermula 15 September baru-baru ini, bermulanya kempen bagi pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UTeM sesi 2012/2013. Jika dahulunya dipanggil Pilihan Raya Kampus (PRK) tapi kini diubah kepada Pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar. Walaupun nama berbeza, tapi perkara utama yang ingin dicapai adalah sama.
             
                  Bertungkus-lumus jentera-jentera calon berkempen bagi memastikan calon mereka terpilih. Setakat yang dimaklumkan, empat fakulti yang menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Pembuatan (FKP) dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik Dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK).

                      Bila bercakap mengenai pemilihan MPP, realitinya apakah yang terlintas di fikiran kita? “ Ah lantak la, ala bukan penting pun, janji tak ganggu hidup aku,” Setuju? Sedarkah kita, dari alam kampuslah kita perlu belajar dan dididik mengenai kepentingan dalam pemilihan pemimpin yang akan memimpin kita.

Dalam konteks di alam kampus, memilih pemimpin bukan perkara yangn boleh dipandang remeh kerana calon itulah yang akan bertindak mewakili suara mahasiswa dalam menyuarakan segala masalah dan pandangan kepada pihak pentadbiran.

Sabda Nabi s.a.w :

" Sesungguhnya kalian nanti akan bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat nanti ia akan menjadi penyesalan” (HR Bukhari).

                   Calon inilah yang bakal menulis sama ada dakwat emas yang sentiasa dikenang dengan kegemilangannya atau dakwat hitam yang dikenang kerana kejatuhannya. Pemimpin merupakan lambang kekuatan, keutuhan, kedisiplinan dan kesatuan yang membawa nama universiti kita. Namun ia bukanlah sekadar lambang, tapi memerlukan kecekapan dan kelayakan untuk memimpin.

mpp (1)

Dari perspektif Islam, pemimpin diibaratkan sebagai khadim (pelayan) yakni bukan mencari kehormatan atau kemulian tapi sedia berkhidmat bagi komuniti yang dipimpin. Dia perlu berkorban lebih demi manfaat orang lain. Pemimpin juga diibarat sebagai muwajjih (pemandu) iaitu orang yang memberikan arahan pada pengikutnya berlandaskan syariat. Memimpin mengikut jalan yang selamat.

             Akhir kata, khususnya sebagai seorang muslim yang bakal memimpin, perbetulkan niat anda, letakkan matlamat anda supaya apa yang dibuat mendapat pahala dan redha Allah s.w.t. Kepada pengundi, bijaklah memilih , kerana undi kita penentu pemimpin kita. Jangan sampai ibarat pepatah
memilih kucing dalam karung” yang akhirnya mencalarkan kita semula. Wallahualam.

MOHD KHAIRUL HAFIZAN BIN NE’MAT
Yang Di-Pertua Badan Dakwah & Rohani (BADAR).
Universiti Teknikal Malaysia Melaka. (UTeM).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...