Followers

Wednesday, May 2, 2012

KENYATAAN RASMI YDP BADAR MENGENAI PENYEBARAN PEMIKIRAN FAHISYAH (LUCAH)


Assalamualaikum wbrth,




                 Alhamdulillah kita harini sudah masuk 12 Jamadil Akhir, beberapa bulan sahaja lagi untuk menemui bulan yang begitu mulia iaitu bulan Ramadhan. Baru-baru ini kita digemparkan dengan media cetak tempatan yang mengeluarkan artikel  berbaur lucah menjadi tajuk utama berita. Pertamanya, jangan kita sempitkan cara pemikiran kita, dengan dipengaruhi sentimen dari mana-mana parti politik . Ini yang menjadi masalah bilamana kita didoktorin dengan pelbagai fahaman dan akhirnya pemikiran akal yang waras serta batas-batas agama diketepikan.


              Sahabat-sahabat sekalian,  media cetak, akhbar khususnya, merupakan medium yang dibaca dan ditatap oleh pelbagai lapisan masyarakat. Akhbar juga merupakan salah satu wasilah yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat kepada semua masyarakat. Bahkan menjadi alat mendidik cara dan corak pemikiran masyarakat kita jika kena pada caranya.


Allah s.w.t berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud, “ Wahai orang-orang yang beriman , bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar ” surah al-ahzab ayat 70. Adalah menjadi tuntutan kepada umat Islam untuk kita menyatakan, menyuarakan sesuatu fakta mahupun kenyataan secara benar. Kita umat Islam , yang merupakan majoriti di negara ini, harus cakna dan peka kepada isu-isu dan perkara-perkara  yang boleh menimbulkan fitnah dan perpecahan di negara kita. Apatah lagi ianya boleh memberi imej yang buruk, kepada agama dan bangsa kita sendiri.


Jadi, kita seharusnya menolak mana-mana cara pembawakan, corak pemikiran , tidak kira datangnya dari mana-mana pihak yang melanggar batas-batas syariat. Jangan kerana sesuatu kepentingan, kita tidak berani dalam menyatakan kebenaran, terutama dalam perkara-perkara yang melibatkan agama kita sendiri. Sabda Nabi s.a.w,  “Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani). Siapa lagi yang akan menjaga nilai dan hak agama kita , kalau bukan diri kita sendiri. Wallahualam.

Mohd Khairul Hafizan Bin Ne’mat
Yang Dipertua
Badan Dakwah dan Rohani
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

“With ukhuwah we care”

3 comments:

  1. Semoga nilai2 agama tidak terpisah dari kehidupan kita sebagai Muslim.. Jika bukan kita yg menerapkan nilai2 agama Islam, siapa lagi yang perlu lakukannya? Setiap nafas kita dikira, setiap denyutan jantung adalah Hak-Nya...

    ReplyDelete
  2. Betul, kita jangan terlalu menyempitkan pemikiran kita. Sikit2 politik..skit2 politik.. last2 bab agama pun tolak tepi. Apa2 pun terbaik.Assalmualaikum

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...