Followers

Wednesday, July 4, 2012

Ko Pehal Der????


A: Ko pehal der???!! Ko ingat ko da bagus sangat??
B: Aku cuma nak ingatkan ko je..rilek la bro..

SITUASI 1:

Inilah scenario biasa yang berlaku pada hari ini, bila ditegur, bila diingatkan mulalah masing-masing nak melenting. Apa cer??Lek lu!! Sabar sahabat-sahabat jangan cepat melatah mahupun cepat terasa.

Bila satu teguran diberikan akan ada tiga jenis manusia.

Golongan Pertama: Meraka yang akan menerima teguran itu. Kalau mereka bukan berada  di tempat pesalah sekalipun, mereka akan dengar teguran itu dan ambil isinya.

SITUASI 2:


Golongan Kedua: Mereka yang tak peduli langsung. Macam tak ada apa-apa  sahaja gayanya.Teguran yang datang masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri. Dia tak peduli pun dengan teguran-teguran ini.
SITUASI 3:


Golongan Ketiga: Mereka yang akan melemparkan teguran tu ke arah lain dan menyalahkan si penegur pula.

Situasi yang berlaku di atas(SITUASI 1) tu menggambarkan golongan yang ketigalah.
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian ingatlah, sesungguhnya peringatan itu baik untuk orang mu’min.Siapa itu orang mu’min?? Kita semualah, insyaAllah. Orang mu’min = orang yang beriman.

Allah SWT menggesa orang-orang yang beriman untuk sentiasa menyebarkan peringatan. Tidak kira dalam bentuk apa sekali pun selagi mana caranya masih mengikut apa yang digariskan dalam syara’.

Allah SWT berfirman: “Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman” Surah Adz-Dzariyat ayat 55.

Sudah mengaku tadi kan kita orang beriman? Jadi sebagai orang yang beriman, sepatutnya kita terbuka dan berlapang dada dalam menerima teguran. Memandang teguran itu sebagai satu penambahbaikan untuk diri kita. Walaupun teguran itu mungkin bukan menuju kepada diri kita. Apatah lagi yang tepat menuju kepada diri kita.

Jika kita orang yang beriman, setiap teguran pasti mempunyai manfaatnya.


Bila teguran datang kepada kita..

Muncul menyentuh diri kita, maka hendaklah kita bertenang dan melihat teguran itu. Memandang teguran itu pertama sekali pada diri kita. Apakah benar teguran yang dilemparkan? Jika benar apakah yang sepatutnya kita buat? Buat bodoh? Nak terasa? Nak melenting? Atau menerima teguran dan nasihat itu dengan rendah hati dan bergerak melakukan perubahan?

Ok,kalaulah teguran itu bukan untuk kita sekalipun, tidak terkena pun pada batang hidung kita, orang yang tegur tu pun salah ‘tembak’ tegurannya pada kita. Jadi apa yang patut kita buat? Adakah kita nak buat bodoh? Melenting juga? Nak hentam-hentam penegur tu? Atau kita akan mengambil manfaat daripada teguran yang tersilap ‘tembak’ itu?

Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, maka teguran itu walaupun salah ‘tembak’, ia semestinya masih memberikan manfaat kepada kita.

Percayalah, Allah tak akan biar si penegur itu salah ‘tembak’ tegurannya pada kita, sia-sia sahaja. Mesti ada hikmahn yang tersirat. Sedarlah itu adalah teguran dan peringatan dari Allah buat hamba-hamba-Nya yang terpilih. Tanda Dia ingat dan sayang pada kita, agar kita sedar silap kita dan senantiasa memperbaiki diri kita. Manusia yang menegur itu cuma cara dan jalannya.
Al-insan = Manusia = Pelupa , jadi perlu selalu diingat-ingatkan.. Tak gitu??
Jadi kalau ada yang tegur..bagi nasihat..sound kita ke.. chill je la.. just take it and digest it ok?

Wallahu 'alam





daripada:-
Noor Syahirah Binti Mohamad Ismol
Exco Penerbitan dan Penerangan 
Sesi 11/12
Badan Dakwah dan Rohani
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

1 comment:

  1. hmm..sentap kot baca ni..
    biasa la kita manusia bila ditegur..
    cepat melenting..
    jgn pndg siapa yg menegur tp pndglah ape yg ditegur :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...