Followers

Thursday, February 14, 2013

:: ASAL-USUL HARI ''VALENTINE DAY'' ::

saban tahun, pada 14 februari, pasti akan ada yang memperingati tarikh ini. Bahkan ada juga yang meraikannya bersama pasangan masing-masing. Kata mereka, kami menyambut hari ini atas tujuan berkasih-sayang sahaja. kami tidak melakukan perkara-perkara lain. Namun, pernahkah kita kaji kejadian di sebalik 'HARI VALENTINE' ini?? Mari bersama-sama kita telusuri sejarah disebalik hari ini....


Pada abad ke-17 sebelum masihi, negara Rom di perintah oleh seorang raja yang bernama Claudius II. Pada pendapat raja tersebut, pasukan ketenteraan mereka akan lebih kuat dan hebat jika para tenteranya bujang. Namun, terdapat seorang paderi yang bernama Saint Valentine, tidak sependapat dengan raja tersebut. Secara diam-diam, paderi tersebut telah melakukan upacara pernikahan dan ianya mendatangkan kemarahan kepada raja Claudius II.


Oleh sebab itu, Raja Claudius II telah mengambil keputusan untuk memenjarakan Saint Valentine. Sepanjang dipenjarakan, Saint Valentine tidak pernah dapat bersenang lenang. Beliau tetap menyampaikan ajarannya kepada banduan dan ada ketikanya dia turut membantu melepaskan banduan. Dia juga dikatakan pernah berutus surat kepada seorang anak pegawai penjara yang bertandatangan "YOUR VALENTINE". Sekali lagi, Saint valentine telah menguji kesabaran Raja Claudius II. Beliau telah mengambil keputusan drastik dengan menghukum bunuh Saint Valentine atas sikap Saint Valentine. Maka, pada 14 February, Saint Valentine di hukum bunuh.


Bagi rakyat kristian, usaha Saint Valentine ini dianggap murni, kerana beliau telah memperjuangkan hak manusia untuk berkasih-sayang. Maka, bagi memperingati jasa Saint Valentine, mereka telah menyambut 14 Februari pada setiap tahun sebagai hari berkasih-sayang atas usaha Saint Valentine. Nama Valentine Day juga diambil bersempena nama Saint Valentine. Bukankah terang-terangan mereka menyambut hari ini atas dasar meraikan paderi ini. Jadi, mengapa kita masih lagi meniru budaya mereka??


Marilah sahabat2 semua, kita bermuhasabah kembali diri ini, janganlah kita melakukan suatu padahal kita mengatahui akan keburukannya. Rugilah kita andai terus-terusan melakukan perkara yang silap berulang kali.Say NO to VALENTINE DAY..




::exco penerbitan dan penerangan BADAR 12/13::

2 comments:

  1. lagi menarik article jika menabahkan hadis atau ayat AL-QURAN..untk menyokong hujah..terima kasih info ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InShaAllah, terima kasih atas pandangan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...