cuba bayangkan, bagaimana sekumpulan manusia
yang kelaparan diberikan satu talam makanan yang penuh dengan lauk pauk yang enak?
Pasti mereka akan makan dengan penuh rakus dan berselera. Masing-masing mencapai setiap lauk tanpa mempedulikan orang yang memerhatikan telatah mereka. Tiada malu dan segan, mereka terus menerkam ke segenap inci talam untuk memenuhi nafsu laparnya.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :“Hampir tiba suatu zaman apabila pelbagai bangsa dari dunia ini
berkumpul mengerumuni kamu seperti orang kelaparan mengerumuni makanan.”
Lantas para sahabat bertanya: “Adakah situasi ini disebabkan jumlah kami sedikit ketika itu?”
Baginda menjawab: “ Kamu ramai, tetapi kamu (umat islam) seperti buih di lautan dan
Allah pasti akan mencabut perasaan gerun terhadap kamu daripada hati
musuh-musuh Islam serta Allah akan melontarkan ke dalam hati-hati kamu penyakit
wahn.”
Para sahabat bertanya lagi: “Apakah
penyakit wahn tersebut wahai Rasulullah?”
(Riwayat Ahmad, no.278 dan Abu Daud, no.4279)
Demikianlah perumpamaan Rasulullah S.A.W berkenaan umat islam di akhir zaman.
Hadis ini adalah mukjizat Baginda dalam membicarakan perkara akan datang kerana sewaktu diungkapkan, umat Islam berada dipuncak kegemilangan. Musuh-musuh dari dalam dan luar Madinah menyimpan perasaan gerun di lubuk hati mereka setelah melihat peperangan demi peperangan diungguli oleh para sahabat.
Begitu juga generasi sahabat yang ditarbiah oleh Rasulullah S.A.W., mereka sentiasa mengimpikan mati syahid sebagai jalan pintas untuk mencapai nikmat syurga yang dijanjikan oleh baginda S.A.W.
Terdapat sejumlah besar dalam kalangan sahabat yang berjaya dalam perniagaan sehingga menjadi tokoh yang kaya raya, tetapi kekayaan tersebut hanyalah di tangan mereka. Hati mereka tetap terpelihara daripada dijangkiti virus cinta dunia.
REALITI HARI INI
Jumlah umat Islam amat ramai, bahkan boleh dikatakan terdapat ramai yang beragama Islam dikebanyakan negara di seluruh pelosok bumi sama ada di benua Asia, Afrika, Eropah mahupun Amerika. Islam juga dianggap agama yang amat pesat berkambang pada abad ini. Ada negara yang keseluruhan penduduknya beragama Islam dan tidak kurang juga negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Malangnya, kita menyaksikan pelbagai bentuk serangan meragut nyawa puluhan ribu umat Islam sepanjang abad ini. Pembunuhan umat Islam di Palestin, Bosnia, Afghanistan, Chechen, Kashmir, Iraq, Libya, Syria, Myanmar, Selatan Thai, Filipina dan pelbagai tempat lagi di muka bumi ini sangat tidak berperikemanusiaan.
Lihat saja bumi Palestin, walaupun berjiran dengan negara Islam mereka terus dikepung, dibedil dan diserang sewenang-wenangnya oleh tentera Yahudi yang bergabung demi menghancurkan Islam dan umat Islam.
Tindakan tidak berperikemanusiaan ini dilakukan tanpa menghiraukan nilai kemanusiaan dan undang-undang seumpama manusia kelaparan menerkam hidangan makanan mereka dengan rakus. Tanpa rasa bersalah dan malu, hidangan tersebut terus dibaham walaupun tangisan anak kecil dan insan lemah kedengaran.
PEMUDA PALESTIN VS PEMUDA YAHUDI
Sheikh Wahid bin Abdul Salam bin Bali menceritakan bahawa seorang anak muda Palestin berkata kepada seorang pemuda Yahudi:
“Kami akan memerangimu dan mengalahkanmu sehingga kamu akan lari
dan bersembunyi di sebalik pokok dan batu. Lantas pokok dan batu akan
memberitahu bahawa kamu sedang bersembunyi di belakang. Kami sangat yakin
kerana ia diberitahu oleh Rasulullah S.A.W.”
Pemuda Yahudi tersebut menjawab:
“Kami juga mengetahuinya kerana ia memang tercatat dalam kitab
kami. Tetapi hari ini kami tidak gentar kerana dalam kitab kami menyatakan
bahawa pokok dan kayu yang bercakap dengan golongan muslim tersebut ialan
generasi umat Islam yang jemaah solat subuhnya seramai solat Jumaat. Kami tidak
gentar kerana generasi tersebut masih belum muncul!”
sumber [solusi isu 51]
Ikhlas daripada
Biro Penerbitan dan Penerangan BADAR 12/13
No comments:
Post a Comment