Followers

Friday, March 29, 2013

*MANAGING TIME*


Alhamdulillah..marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih mampu untuk bernafas dan merasai nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah di atas muka bumi ini. Selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta sahabat baginda.
Hhmmm…rasanya agak lama dah blog ni menyepi..
Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan kepada semua mahasiswa/i UTeM mengenai Time Management yang sistematik. Kita tidak lari dengan kesibukan di alam universiti sendiri yang mana  semua sibuk dengan assignment, projek kumpulan, quiz dan test..
Tapi bagaimana kita menguruskan masa kita sekiranya semua kerja nak dilakukan dalam 1 masa??
Haah..sebelum saya berkongsi tips bagaimana cara pengurusan masa yang baik…
Kita pergi kepada maksud masa itu sendiri dan kepentingannya. Pepatah Arab ada berkata : “ Waktu itu seperti pedang. Jika kamu tidak memotongnya, dia pula yang akan memotong kamu! ”
Firman Allah dalam Al-Quran :
“ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya mentaati kesabaran.”
( Surah Al-Asr : Ayat 1-3)
Sudah terang lagi bersuluh bahawa masa itu amat penting apatah lagi dalam kehidupan seorang muslim. Disini saya ingin kongsikan dengan mahasiswa/i sekalian beberapa tips/aspek penting tentang kewajipan muslim terhadap masa, antaranya :
*      Menjaga Masa
Tugas utama yang dipikul oleh setiap orang Islam ialah menjaga masa yang mana perlu diberi perhatian lebih dari harta benda sendiri. Setiap detik-detik perjalanan masa, setiap muslim wajib mengawasinya supaya dimanfaatkan untuk agama dan dunianya, kebaikan dan kebahagian ummah, di sudut pembangunan rohani dan kebendaan.

*      Pengisian Masa Lapang
Nikmat kelapangan antara suatu nikmat yang sering manusia lalai dan leka serta tidak tahu menghargai dan bersyukur di atas nikmat tersebut. Rasulullah telah bersabda :
“ Dua nikmat di antara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakkan manusia dikaburi untuk melihatnya iaitu masa sihat dan masa lapang.”


Apakah yang dimaksudkan dengan masa lapang??
Iaitu masa-masa yang tidak sibuk dengan hal-hal urusan dunia sehingga menghalang seseorang itu dari melakukan amalan untuk bekalan akhirat.

Di dalam suatu hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:
ü  Masa kamu hidup sebelum kamu mati.
ü  Masa kamu sihat sebelum kamu sakit.
ü  Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk.
ü  Masa kamu muda sebelum kamu tua.
ü  Masa kamu kaya sebelum kamu miskin.

Jadi, adakah kita sebagai mahasiswa/i sudah mengisi masa lapang yang kita ada dengan sebaik mungkin??
Tepuk dada tanya iman..

*      Jadual Waktu
Setiap manusia sewajarnya menyediakan jadual waktu harian dengan tersusun, samaada tugas-tugas yang berhubung dengan keduniaan ataupun akhirat, supaya kerja yang dilakukan itu tidak memakan masa yang lain. Sebaiknya kita kategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu :

Ø  Penting dan Segera
Ø  Penting dan Tidak Segera
Ø  Tidak Penting dan Segera
Ø  Tidak Penting dan Tidak Segera

Hah..adakah kita sudah bersedia untuk menjadi mahasiswa yang bijak dalam pengurusan masa??
Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dari sudut pengurusan masa yang lebih sistematik dan terancang.

“If you fail to plan,you plan to fail”…

Semoga dengan pengurusan masa yang baik menjadikan kita mahasiswa/i muslim yang lebih berketerampilan dan professional dalam semua perkara.

Sekian..

Wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.





















Rabiah binti Ahmad
Naib Yang Di Pertua II
Badan Dakwah dan Rohani
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Thursday, March 14, 2013

The Power Of Trust

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan Allah kepada kita hingga detik ini. Syukur juga kita masih diberi nafas untuk meneruskan sisa-sisa hidup dengan bersyukur padaNya.

TRUST. One words with simple meaning but have GREAT power.

Saat jatuh, kesusahan, kedukaan, insan pastinya akan tercari-cari semula sumber kekuatan. Kekuatan itu hanya akan diperoleh jika 'Trust' itu wujud. 'Trust' biasanya disandarkan kepada sesuatu. Dalam kehidupan  'Trust' biasa kita beri kepada rakan-rakan dalam jalan cerita persahabatan.  'Trust' diberi kepada ibu bapa dalam jalan cerita kekeluargaan. Tetapi acapkali  'Trust' itu disandarkan kepada manusia masih lagi terasa kelompongan di dalam jiwa.  'Trust' kepada manusia hanya untuk perkara2 tertentu sahaja, sementara.


Kelompongan itu akan terisi sekiranya kita meletakkan  'Trust' kepada Allah S.W.T. Ya,  'Trust' kepadaNya 100%. Kenapa perlu  'Trust' kepada Allah S.W.T? Jawapannya mudah, kerana Dialah pencipta kita. Dia lebih tahu mana yang lebih baik untuk kita. YAKIN padaNya akan melahirkan satu kekuatan secara automatik yang mana mampu mengubah si kalah menjadi juara, sedih menjadi gembira, gelisah menjadi tenang malah si miskin bisa menjadi kaya dengan YAKIN pada Allah S.W.T. YAKINLAH!!!

Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu didalam hatinya, Aku ingta kepadanya didalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaku di khalayak ramai, nescaya Aku pun mengingatinya di khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."
(Riwayat Tarmizi)


Sahabat, Allah itu dekat dengan hambaNya. Yakinlah...
Mahukan kekuatan? Kuncinya 'Trust'.
Trust to who? Trust to ALLAH S.W.T

Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau biarkan
HambaMu menangis
.....





















Muhammad Fadeli bin Sharip
Naib Yang Di Pertua I
Badan Dakwah dan Rohani
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Tuesday, March 5, 2013

::TRAVELOG LUKA LAHAD DATU::



1 MAC 2013, tercetusnya pencerobohan 236 tentera Sulu yang lengkap dengan senjata dengan matlamat ingin merampas kembali tanah jajahan mereka.Ketua Penceroboh bersenjata mengatakan akan melawan pihak berkuasa Malaysia jika di Serang. Mula-mula kejadian di LAHAD DATU penceroboh berpura-pura menyerah diri dan angkat bendera putih tapi kawan-kawan penceroboh sudah bersedia dan lepaskan tembakan RPG. Di Kampung Sri Jaya, Semporna pula, Penceroboh mengunakan strategi sama, Tembak anggota bertugas dari belakang. Siapa yang beri maklumat ada Penceroboh di Sana ?Sedangkan itu sebenarnya satu perangkap ?
Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). 

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datusekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. 
Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA???  
FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...