Alhamdulillah..marilah kita bersama-sama memanjatkan
rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih
mampu untuk bernafas dan merasai nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah di
atas muka bumi ini. Selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Nabi Muhammad
s.a.w dan keluarga serta sahabat baginda.
Hhmmm…rasanya agak lama dah blog ni menyepi..
Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan
kepada semua mahasiswa/i UTeM mengenai Time Management yang sistematik. Kita
tidak lari dengan kesibukan di alam universiti sendiri yang mana semua sibuk dengan assignment, projek
kumpulan, quiz dan test..
Tapi bagaimana kita menguruskan masa kita sekiranya
semua kerja nak dilakukan dalam 1 masa??
Haah..sebelum saya berkongsi tips bagaimana cara
pengurusan masa yang baik…
Kita pergi kepada maksud masa itu sendiri dan
kepentingannya. Pepatah Arab ada berkata : “ Waktu itu seperti pedang. Jika
kamu tidak memotongnya, dia pula yang akan memotong kamu! ”
Firman Allah dalam Al-Quran :
“ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar
dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan
nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya
mentaati kesabaran.”
( Surah Al-Asr :
Ayat 1-3)
Sudah terang lagi bersuluh bahawa masa itu amat
penting apatah lagi dalam kehidupan seorang muslim. Disini saya ingin kongsikan
dengan mahasiswa/i sekalian beberapa tips/aspek penting tentang kewajipan
muslim terhadap masa, antaranya :
Menjaga Masa
Tugas utama yang dipikul oleh
setiap orang Islam ialah menjaga masa yang mana perlu diberi perhatian lebih
dari harta benda sendiri. Setiap detik-detik perjalanan masa, setiap muslim
wajib mengawasinya supaya dimanfaatkan untuk agama dan dunianya, kebaikan dan
kebahagian ummah, di sudut pembangunan rohani dan kebendaan.
Pengisian Masa Lapang
Nikmat kelapangan antara suatu
nikmat yang sering manusia lalai dan leka serta tidak tahu menghargai dan
bersyukur di atas nikmat tersebut. Rasulullah telah bersabda :
“ Dua nikmat di antara nikmat-nikmat
Allah yang kebanyakkan manusia dikaburi untuk melihatnya iaitu masa sihat dan
masa lapang.”
Apakah yang dimaksudkan dengan masa
lapang??
Iaitu masa-masa yang tidak sibuk
dengan hal-hal urusan dunia sehingga menghalang seseorang itu dari melakukan
amalan untuk bekalan akhirat.
Di dalam suatu hadith Rasulullah
s.a.w telah bersabda :
“Dapatkan saham keuntungan dalam
masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:
ü Masa
kamu hidup sebelum kamu mati.
ü Masa
kamu sihat sebelum kamu sakit.
ü Masa
kamu lapang sebelum kamu sibuk.
ü Masa
kamu muda sebelum kamu tua.
ü Masa
kamu kaya sebelum kamu miskin.
Jadi, adakah kita sebagai
mahasiswa/i sudah mengisi masa lapang yang kita ada dengan sebaik mungkin??
Tepuk dada tanya iman..
Jadual Waktu
Setiap manusia sewajarnya
menyediakan jadual waktu harian dengan tersusun, samaada tugas-tugas yang
berhubung dengan keduniaan ataupun akhirat, supaya kerja yang dilakukan itu
tidak memakan masa yang lain. Sebaiknya kita kategorikan kepada beberapa
bahagian, iaitu :
Ø Penting
dan Segera
Ø Penting
dan Tidak Segera
Ø Tidak
Penting dan Segera
Ø Tidak
Penting dan Tidak Segera
Hah..adakah
kita sudah bersedia untuk menjadi mahasiswa yang bijak dalam pengurusan masa??
Marilah
kita bersama-sama memperbaiki diri dari sudut pengurusan masa yang lebih
sistematik dan terancang.
“If
you fail to plan,you plan to fail”…
Semoga
dengan pengurusan masa yang baik menjadikan kita mahasiswa/i muslim yang lebih
berketerampilan dan professional dalam semua perkara.
Sekian..
Wabilahitaufik
walhidayah wassalamualaikum w.b.t.
No comments:
Post a Comment