Siapakah orang yang
sombong?
Orang yang sombong adalah
orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang
menjadikan kehidupan itu iaitu Allah RabbulAlaamin,
Tuhan sekelian alam.Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia
yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang
telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith
dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di
dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang
dungu kepala otaknya adalah orang yang
tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang
yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang
lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di
depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang
bakhil lagi kedekut adalah orang yang
berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
Siapakah orang yang buta?
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang
yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an
dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang
yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah
orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a. s.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang
mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahiwainnaillaihirajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuan Mu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang
menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang
sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.
Siapakah orang yang kaya?
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah
orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lalai akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah
orang tidak puas dengan nikmat yang ada,sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah
orang yang
bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah
orang yang
beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang
maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang
mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah
orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang
memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang
yang
sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di
tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang
tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling
cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah
yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di
mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah
yang sempit adalah orang yang
mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang
mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di
dunia untuk menghindari siksa neraka.
Temuduga tertutup!!!
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.
KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c.
Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A)
1. Nikmat kubur.
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang
Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian
Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur
(alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta
(yang banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa
yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Dimana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput
yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja
(mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang
tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
No comments:
Post a Comment