PENDENGKI LEBIH
RENDAH DARIPADA YANG DIDENGKI
Kedengkian itu
seperti makanan masin yang sentiasa merapuhkan tulang, juga seperti penyakit
kronik yang selalu merosakkan tubuh secara perlahan-lahan sehingga membusuk.
Ada ungkapan :"tidak ada yang menyenangkan dari seorang pendengki,kerana
ia selalu menjadi musuh dalam selimut". Ada pula orang-orang yang berkata
seperti ini:"celaka benar orang yang pendengki; memulai dengan
persahabatan dan mengakhiri dengan pembunuhan."
Oleh itu,
seharusnya kita cuba menjauhi perasaan hasad dengki ini. Dengan dengki terhadap
orang lain,kita sama halnya dengan memberi makan kesedihan kepada daging-daging
kita dan memberi minum kegelisahan kepada darah kita. Seorang pendengki itu,
ibarat orang yang menyalakan pemanggang roti,lalu setelah panas ia memasukkan
dirinya sendiri kedalam pemanggang tersebut. Keresahan, kecemasan dan
kegelisahan hidup merupakan penyakit-penyakit yang dilahirkan oleh sifat dengki
untuk mengakhiri ketenteraman, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Bencana
besar yang menimpa seorang pendengki
adalah kerana ia selalu melawan qada'(ketentuan Allah),melecehkan syariat
dan selalu menyeleweng dari ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya
kedengkian itu itu merupakan penyakit yang tidak mendatangkan pahala,dan juga bukan
cubaan yang akan mendatangkan balasan baik dari Allah kepada pelakunya. Seorang
pendengki akan selalu panas melihat
orang lain mendapatkan kenikmatan dan kelebihan. Dari itu akan berlanjutan
sehingga ia mati, atau terkadang sehingga sampai kenikmatan orang lain tadi
sudah tidak ada lagi.
Oleh itu, disini saya ingin memperingatkan
sahabat sekalian agar memerangi habis-habisan perasaan hasad dengki dalam diri
kita ini. Perasaan dengki ini berkembang tanpa kita sedari, bermula dengan
perasaan cemburu dengan kesenangan orang lain, dan berkembang lagi sehinggalah
munculnya fitnah-memfitnah, bahkan boleh menyebabkan peperangan sesama muslim.
Hendaklah kita sentiasa berdoa, berlindung kepada Allah agar dihindarkan kita
dari hasad dengki ini...juga hindarkanlah diri anda dari seorang pendengki,
kerana dialah yang selalu mengawasi anda..
No comments:
Post a Comment