Followers

Monday, April 28, 2014

Nota Hati Seorang Insan

Hari berganti hari,
Perjalanan seorang insan yang bernama manusia,
Tidak pernah terhenti menjalankan tugasnya,
Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi roh tidak terpisah dengan jasad,
Segala suruhan dan syariat yang telah ditetapkan,
Ke atas setiap anak cucu adam,
Perlu diikuti dan dipatuhi ,
Dikala akal boleh berfikir dan waras.

Tetapi,


Melihat keadaan dunia dan masyarakat hari ini,
Segala suruhan dan syariat yang ditetapkan,
Dibuang jauh-jauh dari kehidupan,
Apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt,
Dianggap kolot dan ketinggalan zaman,
Peraturan yang Maha Agung ditolak,
Sekularisme ciptaan manusia yang hanya bersandarkan nafsu semata-mata,
Dijadikan panduan dewasa ini.

Pernahkah kita terfikir,

Pernahkah kita termenung bermuhasabah,
Kenapa banyak kes zina yang berleluasa,
Saban hari semakin meningkat,
Pergaulan bebas yang dulunya dianggap janggal,
Kini sudah dianggap biasa,
Betullah kata pepatah melayu ' alah bisa tegal biasa'.,
Melahiran adik-adik kecil daripada rahim seorang wanita,
Menangis dan merintih kasih sayang seorang ibu,
Tapi adik-adik kecil ini dibuang merata-rata tempat,
Perasaan belas dan kasih bagaikan sudah hilang dalam diri,
Memang sungguh tidak berhati perut manusia seperti ini,
Mereka-mereka ini lebih teruk dari binatang,
Sedangkan binatang pun tahu kasih dan sayang pada anak,
Akhirnya adik kecil yang tidak bersalah menjadi mangsa..
Apa sudah jadi dengan manusia sekarang ni??


Masih ingatkah kita,

Perjanjian kita dengan Allah sewaktu di alam roh dahulu,
Kita berjanji setia dengan Allah swt,
Untuk menurut segala perintahnya,
Tetapi apabila Allah lahirkan kita ke dunia,
Kita jugalah yang lawan Allah dengan segala perbuatan,alasan dan sebagainya,
Sudah lupakah kita semua,
Mungkin disebabkan sudah lama membuatkan kita terlupa,
Allah telah ingtkan kita kembali dalam firmanNya (al a'raf -172),
Betapa kasih dan sayangnya Allah pada hambaNya,
Memberi peringatan kepada hambaNya,
Kerana memang sifat manusia itu,
Memang selalu lupa..


Jadi,

Marilah semua wahai kalian,
Sama-sama kita amalkan apa yang telah ditetapkan oleh agama,
Mengamalkan kehidupan beragama,
Tidak ada masalah kita nak bergembira dan seronok,
Apa yang telah ditetapkan oleh syariat jangan kita langgar,
Kata ulamak jangan kita pinggirkan,
Ibadah kita jangan kita ketinggalan,
Hubungan kita dengan Allah sentiasa terjaga,
InsyaAllah,
Hidup akan jadi tenang dan ceria,
Sifat kehambaan kepada Pencipta akan tertanam,
Dalam hati kita semua,
Setiap perkara yang telah Allah tentukan pada hambaNya,
Ada hikmahnya dan kebaikannya,
Sesungguhnya dialah sebaik-baik pemerintah,
Raja segala raja,
Tiada yang lebih berkuasa daripadaNya,
Sesungguhnya DIAlah sebaik-baik perancang..



Wahai kalian semua,

Marilah sama-sama kita berganding bahu,
Dalam mengajak manusia kearah kebaikan dan menjauhi kemungkaran,
Semua tugas ini telah terletak dibahu kita semua,
Bila mana setiap anak adam itu melafazkan kalimah Lailahaillallah,
Maka dia adalah seorang pendakwah dan patut nasihat antara satu sama lain,
Kadang-kadang ada yang berkata,
Saya tidak sempurna lagi macam mana saya nak nasihat org,
Itu tidak manjadi maslalah,
Semua orang tidak sempurna dan pernah membuat kesalahan,
Kesalahan yang dibuat tidak pernah terhenti,
Nak tunggu kita sempurna dulu maka,
Tidak adalah orang memberi nasihat dan peringatan di dunia ni,
Moga kita dilindungi olehNya sentiasa.. Tweet - http://ctt.ec/0b0K2







IBADURRAHMAN BIN UMAR
NAIB PRESIDEN
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...