Assalamualaikum.
Betapa mengecewakan apabila kita terbabas dari kesibukan. Namun tidak juga kembali menghadapNya. Dan apabila kita sedang ada sedikit rintangan, tidak juga berganjak menemuiNya.
Alangkah ruginya jika kita terus berada di takuk lama,tidak punya rasa mahu berubah. Tidak punya rasa mahu meningkatkan apa yang kurang. Tidak punya rasa mahu perbaiki amal dan iman.
Berhijrahlah dari yang buruk, kearah yang lebih baik,
Berhijrahlah dari malas, kearah yang rajin,
Berhijrahlah dari yang suka membuang masa, kepada yang suka penuhi masa dengan perkara berfaedah,
Berhijrahlah dari malas, kearah yang rajin,
Berhijrahlah dari yang suka membuang masa, kepada yang suka penuhi masa dengan perkara berfaedah,
Berada di alam universiti bukanlah semata-mata untuk kita menguasai bidang akademik, tetapi perlu juga dipenuhi dengan ilmu dan kepakaran lain. Rugi jika kita tidak mengambil peluang yang ada di usia kita yang masih lagi bergelar pelajar ini, untuk menambah ilmu dan pengalaman beharga.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib diri mereka.” (Quran 13:11)
“With Ukhuwah, We Care
No comments:
Post a Comment