Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi,
Dengan Peralihan Digit 2012 kepada 2013 bahkan kita selaku Mahasiswa UTeM pula sedang bertungkus lumus bagi mempersiapkn diri untuk bagi mengahadapi "Final Exam" yang tidak lama lagi akan bermula.
Oleh itu, marilah kita Koreksi diri ini sejauh manakah sumbangan kita untuk manfaat kepada orang lain seperti ibu bapa, masyarakat bahkan juga kepada rakan-rakan sekelas kita yang sentiasa hampir dengan kita.
Sahabat-sahabat sekalian,
Dalam mengharungi onak kehidupan sebagai Mahasiswa, tidak dapat tidak, kita tidak lari daripada melakukan dosa dan lalai daripada mengingatinya, bahkan kita sebagai manusia ini pula merupakan kehidupan yang dijadikan daripada setitis air mani yang hina. Lebih hina lagi, diri ini sering alpa daripada mengingatiNya di samping meletakkan ketaqwaan yang tinggi kepada Allah SWT.
Namun, rahmat Allah kepada Hambanya melebihi apa yang disangka oleh kita sendiri bahkan tidak terhitung oleh akal manusia untuk menilainya. Walaupon dosa kita setinggi gunung sekalipun, Dia(Allah) tetap menerima taubat hambaNya walau dosa seberat zarah sekalipun. Kerana itu lah senjata yang kita ada sebagai orang muslim di atas muka bumi ini.Sabda Nabi Muhammad SAW,
"Doa itu senjata orang beriman, tiang agama serta cahaya bagi langit dan bumi."
Allah juga berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
Tuhan kamu berkata: "Mintalah daripada-Ku nescaya Aku perkenankan permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada mengabdikan diri kepada-Ku, mereka akan masuk ke dalam Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina."
[Surah Ghafir,60]
Oleh itu, teruskanlah usaha sahabat-sahabat di samping meletakkan kepadaNya dalam mengapai keputusan yang cemerlang kepada Ummah. Di samping itu, hubungan dengan Allah dan manusia kita tidak abaikan samada sebelum,ketika mahupun selepas kita berusaha bagi mencapai sesuatu matlamat itu.
Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin
Selamat Tahun Baru Diucapkan Kepada Mahasiswa UTeM.
Ikhlas daripada YDP BADAR 12/13
fuyyoo.. kemah keming
ReplyDelete