Followers

Thursday, June 6, 2013

SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA' MIKRAJ





















[BADARSHARE]

Bersempena dengan 27 Rejab 1434 H bersamaan 6 Jun 2013 ini, pihak BADAR UTeM ingin mengucapkan ‘Selamat Memperingati Peristiwa Isra’ dan Mikraj’ kepada seluruh mahasiswa/i Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Peristiwa Isra’ Mikraj tidak asing di dalam diri setiap orang Islam yang mana di dalam peristiwa ini, Allah telah memperjalankan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram sehingga ke Masjidil Aqsa dan diangkat ke sidratulmumtaha untuk bertemu dengan Allah pada malam hari. 

Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana pada tahun tersebut bapa saudara baginda Nabi Muhammad SAW, Abu Talib, dan isteri baginda, Siti Khadijah Al-Walid yang sentiasa menjadi pendokong kuat kepada dakwah baginda Nabi Muhammad SAW telah meninggal dunia. Pada tahun tersebut juga Nabi Muhammad SAW pernah berhijrah ke Taif untuk menyeru penduduk Taif agar mentauhid dan mengesakan Allah SWT tetapi dakwah baginda telah ditolak dan diusir oleh penduduk Taif.

Antara ibrah/pengajaran yang boleh diambil di dalam peristiwa Isra’ Mikraj oleh umat Islam:

1. Keredhaan atas segala ujian Allah SWT. Rasulullah telah menunjukkan keredhaan baginda atas segala ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT ketika mana dakwahnya tidak diterima oleh penduduk Taif dan kematian pendokong kuat bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya, Siti khadijah.

2. Sentiasa memaafkan orang lain. Walaupun Allah telah mengutuskan Malaikat untuk membalas perbuatan penduduk Taif, tetapi Rasulullah SAW telah memaafkan perbuatan mereka atas apa yang mereka tidak ketahui.

3. Selalu menghadiri ke Masjid sebagai mencari sakinah (ketenangan). Allah SWT telah memperjalankan Nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram sehingga ke masjidil Aqsa untuk mengajar manusia agar sentiasa menghadiri masjid/surau supaya berasa dekat dan tenang berada di dalam tempat beribadah.

4. Mengutamakan solat fardhu sebagai ibadah utama. Dalam peristiwa isra’ mikraj , ibadah solat menjadi wahyu yang utama diturunkan kepada Nabi Muhammad sebagai tiang agama juga menjadi perkara pertama dipersoalkan di hari akhirat kelak.

5. Menyakini setiap apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW. Sejurus selepas peristiwa isra’ mikraj, Nabi Muhammad SAW telah kembali kepada umatnya dan menceritakan peristiwa tersebut. Pada ketika itu Abu Bakar As-Siddiq, sahabat Nabi Muhammad SAW sentiasa membenarkan dan menyakini setiap apa yang diperkatakan oleh SAW sehingga diberi gelaran ‘As-Siddiq’.

Semoga kita sentiasa memperingati peristiwa isra’ mikraj sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai murrabbi yang terulung di dalam diri untuk dijadikan sebagai qudwah hasanah (contoh tauladan yang terbaik).

As sollatul ‘ala Nabi. Mari banyak berselawat ke atas Rasulullah SAW. 

“With Ukhwah We Care”

[Sumber Rujukan: Kuliah Maghrib, Ustaz Najib Kasim]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...