Followers

Saturday, June 28, 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak

Sedar tidak sedar,kita sudah pun hampir bertemu Ramadan,bulan mulia yang sentiasa dinanti-nantikan orang yang beriman.Di bulan yang mulia ini,semua umat Islam diwajibkan berpuasa sepertimana yang ada di dalam rukun Islam.Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 183:

2:183
Wahai orang-orang yang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa.( al-Baqarah 2:183)
Tweet: Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak
http://badarutem2u.blogspot.com/2014/06/selamat-menyambut-bulan-ramadan-al.html

Persediaan yang telah dilakukan terutama di bulan Syaaban bagi menghadapi bulan yang mulia ini sudah pasti akan diuji keberhasilannya dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Ramadan bulan beribadah,bukan tidur

Tibanya Ramadan,ada yang mengambil kesempatan ini untuk tidur dengan alasan penat berpuasa.Sebagai umat Islam yang betul-betul memahami tujuan berpuasa di bulan Ramadan ini,ini adalah medan untuk menentukan sejauh mana keimanan kita kepada Allah SWT.Kita sepatutnya mengambil peluang yang telah diberikan Allah SWT kepada kita untuk memperbanyakkan ibadah kita kepada Allah SWT.Muhasabahkan diri kita masing-masing...

Kembalikan tenaga dengan wudhu,solat dan Al-Quran

Sebagai pelajar terutamanya pelajar universiti,Ramadan bukan alasan untuk lemah ketika belajar.Ganjaran berlipatkali ganda ketika Ramadan apabila melakukan kebaikan.Marilah kita muhasabah kembali tindakan kita bagi memanfaatkan masa untuk melakukan perkara bermanfaat..

Moga dengan perkongsian yang kita lakukan ini akan menjadi titik tolak dalam membawa perubahan dalam diri kita kearah yang lebih baik dari sebelum ini..Insya Allah.Kita sebagai insan bernama manusia hanya mampu berusaha dan mencuba untuk melakukannya selain berserah kepada Allah kerana DIAlah sebaik-baik perancang dan pemberi segala kurnia.

Segala salah dan silap saya mohon seribu kemaafan..Sekian..dan jangan lupa sahur malam ini walau seteguk air sekalipun.

 Sepertimana riwayat Ahmad:

"Bersahur diberkati maka janganlah kamu mengabaikannya walaupun kamu hanya mengambil seteguk air.Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang mengambil sahur"(Ahmad)

Artikel Berkaitan:








1 comment:

  1. Casino Las Vegas - MapyRO
    Casino Las 창원 출장안마 Vegas. 1 Casino 오산 출장샵 Drive, Las Vegas, NV 89109. Directions · 청주 출장마사지 (702) 군산 출장마사지 770-7000 · 통영 출장안마 Visit Website. http://casino-las-vegas.com/.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...