Followers

Tuesday, January 27, 2015

Misi Bantuan Banjir Mahasiswa

Assalamualaikum wbt.

Selamat sejahtera dan Salam Menjana Mahasiswa Islam Profesional. 

Pada tarikh 13,14 dan 15 Januari 2015 yang lalu, pimpinan Badar bersama beberapa orang ahli aktif Badar telah melaksanakan Kutipan Sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Kutipan sumbangan telah dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut di sekitar Melaka.

Hari pertama, Badar turun ke Pasar Malam Durian Tunggal dan kutipan sumbangan untuk mangsa banjir telah dilaksanakan selepas waktu Maghrib. Hari kedua, Badar ke Pasar Besar yang terletak bersebelahan Melaka Sentral dan hari ketiga iaitu hari terakhir, Badar telah turun untuk mendapatkan kutipan sumbangan dari masjid-masjid sekitar Melaka selepas Solat Jumaat. Antara masjid yang Badar kunjungi untuk mendapatkan kutipan sumbangan adalah seperti Masjid Hidayah Batu Berendam, Masjid Putih Bukit Beruang, Masjid Jamek dan beberapa buah masjid lagi di sekitar Melaka. 

Gambar gambar di bawah diambil ketika kutipan sumbangan berlangsung. 


Siri 1: Pasar Malam Durian Tunggal 










Siri 2: Kutipan Sumbangan di Pasar Besar 







Terima kasih admin ucapkan kepada warga Melaka kerana bekerjasama dengan Badar UTeM dalam menjayakan Misi Bantuan Banjir Mahasiswa, kerana dengan sumbangan kalian sedikit sebanyak dapat membantu saudara-saudara kita di Pantai Timur.

Alhamdulillah, pada minggu lepas, Badar diwakili oleh Presiden Badar UTeM, Muhammad Najib Faiz Bin Ne'mat telah menyerahkan kutipan sumbangan kepada wakil Muslim Care. Semoga dengan sedikit sumbangan dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

"Kebajikan Masyarakat, Kewajipan Mahasiswa"

"With Ukhuwah, We Care."

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...