Followers

Sunday, April 19, 2015

Solat 1 Tuntutan


Assalamualaikum.

Kata Saidina Umar, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya ia mensia-siakan kewajipan agama yang lain.Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia rukun Islam yang lima selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat runtuh agama seseorang itu.Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.
Dalam kitab at-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: Solat amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat. Kerana itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”
Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai amalan paling mulia, katanya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”
BADAR UTeM mengajak semua mahasiswa/wi UTeM untuk sentiasa solat diawal waktu walaupun sesibuk mana pon kita. sibuk dengan projek akhir, kerja khusus, laporan makmal dan sebagainya tapi jangan kita lupakan solat itu tiang agama. Allah jualah yang memberi kita semua nikmat kejayaan dan kecemerlangan didunia dan diakhirat. moga-moga cuti ini kita sentiasa mempersiapkan diri untuk sentiasa memcari ilmu didada untuk sentiasa menjadi insan cemerlang dalam pelajaran malahan dalam agama itu sendiri. Ameen!
smile emoticon
"Menjana Mahasiswa Islam Professional"
"With Ukhwah We Care"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...