[Bermulalah sebuah kisah]
"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau ni, up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"
"Kesianlah aku tengok kau ni." sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Aku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.
"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.
"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain khemah tu tak panas ke?".
Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakaiannya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.
"Ish tudung besar tu entah dalam tudung tu macam-macam ada."
"Ala tudung melingkup macam cendawan tu dating gak we."
"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."
Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.
Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.
Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.
Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.
Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian.
Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraannya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.
Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraannya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.
Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerana kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akan menyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?
"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"
Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.
Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rambut rosak yang penuh dengan kelumumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerana pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruah ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerana ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...
Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.
Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutuk aku dibelakang kerana aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerana, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.
Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH...
"With Ukhuwah We Care"
subhanAllah, post yang menarik dan bermanfaat.
ReplyDeleteknp nak ikut org lainnye??
ReplyDeletenanti tiada uniknya..
=)
ReplyDelete:)
ReplyDeletesetuju sangat..:)
org jd segan dgn yang bertudung labuh,
lagi2 kalau nk buat perkara x elok..
kan itu bagus..melindungi diri juga melindungi y lain drpd berbuat dosa..
tahniah!! gadis bertudung cendawan..:)
:)) muslimat tudung labuh pn manusia biasa.. xsemestinya bila bertudung labuh, tiada syaitan dtg mengoda.. sebenarny godaan dan dugaan makin besar.. jd tidak hairan kenapa ada gadis tudung labuh mengandung kerana mereka pn manusia. y pasti mereka cuba utk berubah.. jd jgn la kerana nila setitik, kita memandang kpd org y bertudung labuh... =)
ReplyDeleteseronok post nieh!!^_^
ReplyDeleteyg bertudung labuh, menutup aurat dan pandangannya... TOLONG KEKALKAN... inilah permata2 Islam yg jarang dijumpai sekarang ni... Alhamdulillah...
ReplyDeleteJagalah keindahan mahkota anda dengan sebaik mungkin... dengan bertudung labuh,bukan sahaja sekadar menutup aurat semata-mata,tetapi menjaga kalian semua dari segala fitnah. Semoga terus istiqamah.... ;)
ReplyDeletemana button pause ni,,,adoii!!!
ReplyDeletetudung cendawan ker????aper la salahnyer..sejuk jer mater aku tgk..tutup sampi tinggal mater jer lagi stylo..tp kalo yg BELANJER2 tu bkn sejuk mter aku..rosak otak aku asek planning yg bukan2 jer..mintak jaoh ler..kner la bezakn tutup aurat ngn balut aurat..jgn ler suker sgt BELANJER2...xtau nk komen aper..tp entry ni terbaek...igt kiter kat dunia nie sementara jer..kalo dat dunia da haprak..xyah citer ler dikemudian hari..selamat beramal..
ReplyDelete:)
ReplyDeletebergaya xsalah tp biar menutup aurat mcm syariat...huhu skang mcm2 fesyen ada yg bertudung labuh kalau x napa mak2 kita opah kita leh jew pakai fesyen ttp ttup aurat...huhuhu sj berkongsi pndapat...maaf andai ada yg terasa di hati...saya pon xsempurna...
ReplyDeletesaya setuju dengan kamu di atas ...bergaya memang tidak salah..tidak kira la lelaki ke perempuan..semuanya boleh bergaya...tetapi kenalah pada tempatnya iaitu mengikut syariat. menutup aurat itu wajib bagi setiap org islam,jadi kita wajiblah mematuhinya... kita di suruh menutup aurat bukan sekadar suka2,tetapi ada hikmahnya..untuk menjaga diri kita sendiri juga.. kesimpulannya lantaklah pa orang nak kata.. kalau kita tak salah tak perlu nak rasa bersalah hanya dengan kata2 yg ntah apa2... huhu
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteterbaik..
mtk share ;)
ReplyDeletesubhanallah,,barakallahufeekum,
ReplyDeletesekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga,
sekali wanita ternoda, berdekahlah syaitan di neraka..
setuju...sgttt
ReplyDeletealhamdulillah..lepas baca post ne, sy lbh yakin untuk bertudung cendawan!subhanallah..
ReplyDeletealhamdulillah...insyaAllah,
Assalamu'alaikum..minta share
ReplyDelete