Followers

Thursday, October 13, 2011

"Di Sini Segala Bermula"

13 Oktober 2011 (Khamis) - Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah mengadakan Mesyuarat Perdana Karnival Penghayatan Islam (KPI) 2011 bertempat di Bilik Seminar PBPI, Kampus Induk UTeM. Mesyuarat Perdana yang julung-julung kali diadakan itu dihadiri oleh seramai 100 lebih orang ahli jawatankuasa penggerak KPI 2011 yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi UTeM. Turut menghadiri, pimpinan-pimpinan BADAR serta Penasihat BADAR, Tuan Haji Razali bin Abdul Jalil. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah KPI 2011, Saudara Mohd Ridhwan bin Salamun merangkap Naib Yang Dipertua BADAR. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan daripada pengarah-pengarah program tentang maklumat program masing-masing. Berikut merupakan senarai program-program yang akan berlangsung sepanjang KPI 2011:
-  
17/10/11 Kelas persediaan peserta Imam Muda 
18/10/11 Pencarian Imam Muda
19/10/11 Pidato kefahaman Islam
20/10/11 Qiraah dan Hafazan
21/10/11 Konsert 1 Hati
26/10/11 Forum The Beauty Of Truth
28/10/11 Malam Kesenian Islam Siswa dan Siswi
29/10/11 Intelligent Circuit dan Forum Akadku Untukmu

Sesi soal jawab juga dilakukan sebagai pencerahan kepada umum mengenai maklumat program. Turut berucap adalah Penasihat Teknikal KPI 2011 Saudara Abdul Rahman bin Idrus yang juga merupakan Yang Dipertua BADAR 2011. Beliau menegaskan bahawa, kerjasama yang baik antara ahli jawatankuasa amat perlu untuk memastikan kelancaran program sepanjang KPI 2011. Tuan Haji Razali bin Abdul Jalil selaku Penasihat BADAR turut menyampaikan amanat kepada semua penggerak KPI 2011 supaya mengoptimumkan gerak kerja agar KPI 2011 adalah lebih baik berbanding yang sebelumnya. Beliau turut memberi maklumat tentang prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh mana-mana persatuan yang ingin menganjurkan program dan berharap agar ianya dipraktikkan untuk melancarkan pengurusan program. Pihak BADAR sendiri mengharapkan agar KPI 2011 dapat berjalan dengan jayanya serta menjadi landasan yang baik kepada mahasiswa-mahasiswi UTeM dalam mengasah bakat kepimpinan dan kerja berpasukan. Penggerak KPI 2011 bukan hanya terdiri daripada ahli-ahli BADAR sahaja, tetapi turut dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswi daripada pelbagai kaum dan agama. Seperti kata-kata YDP BADAR, Saudara Abdul Rahman bin Idrus, "BADAR bukan untuk mereka yang baik sahaja. tetapi untuk mereka yang inginkan kebaikan". Harapan kami di BADAR agar KPI 2011 menjadi permulaan dan pencetus kepada program-program berbentuk islamik yang meraikan penglibatan mahasiswa-mahasiswi Islam dan bukan Islam.



Barisan penggerak KPI 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...