Baru- baru ini kita di gempar-gempurkan dengan satu isu yang saya kira agak panas juga di Malaysia. Isu ini meniti dari bibir ke bibir masyarakat terutamanya mahasiswa dan mahasiswi. Dalam isu-isu yang panas di Malaysia, isu ini adalah isu yang terpanas. Bukan saya seorang sahaja yang merasai kepanasan ini, kalian juga merasa akan kehangatanya,saya pasti akan hal ini.
Pengarah filem "Hantu Bonceng" Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan dibintangi oleh pelakon yang saya kira agak panas juga iaitu Zizan Razak,pelawak baru yang terkenal". Mungkin ada di antara kalian yang terlepas pandang akan isu ini, Itu adalah perkara biasa.
Isu yang disentuh dalam filem "Hantu Bonceng " ialah berkaitan dengan penghinaan terhadap agama Islam. Kita sebagai umat Islam pasti rasa terkejut akan hal ini. Kenapa hal ini berlaku? sedangkan pengarah yang mengelolai filem itu sendiri adalah orang Islam juga. kenapa dia ingin menghina agama dia sendiri. Itulah masalahnya jika kekurangan ilmu agama. Dalam apa-apa yang kita buat haruslah difikirkan terlebih dahulu, kalau boleh dengan lebih mendalam.
Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduaan Muhammadar Syaitan" yang mana maksudnya ialah "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan" Bila terdengar ungkapan tersebut, bukan sahaja terkejut malah kecut perut ini. Berhati- hatilah kita dalam perbuatan, niat dan lafaz kerana ia boleh menyebabkan gugur syahadah dan terkeluar daripada Islam. Hendakkah kita? Minta jauh.
Dalam pada itu juga. Zizan telah meminta maaf di dalam twitternya. Akan tetapi bagaimana pula dengan pengarahnya?. Jom Baca.
Memandangkan filem ini sudah ditapis oleh LPF, maka Pengerusi LPF pun memberi komennya di link yang berikut (Sumber: Mstar).. baca,jangan tak baca
Firmanullah:
الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَهُمْ لَهْواً وَلَعِباً وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُواْ لِقَاء يَوْمِهِمْ هَـذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ
Orang yang menjadikan agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia. Maka pada hari (kiamat) ini Kami lupakan mereka sebagaimana mereka lupakan pertemuan mereka hari ini, dan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. [Al-A'raf : 51]

"With Ukhuwah We care"
No comments:
Post a Comment