Pada 21 dan 22 April yang lepas, Badan Dakwah dan Rohani , (BADAR) telahpun menganjurkan kursus Pra Perkahwinan (KPP). Kursus ini diadakan di Dewan Canselori Univesiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan dihadiri seramai 166 orang peserta.Program ini telah diadakan pada sesi kepimpinan yang lepas dan diteruskan kesinambungannya untuk kali yang kedua. Kebiasaannya, program seperti ini sering dianjurkan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang mana sering mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada kalangan mahasiswa. Hal yang demikian, program ini pasti bakal mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa UTeM khususnya kerana kursus ini memang perlu diambil oleh semua mahasiswa selepas tamat pengajian kelak. Sehubungan itu, bagi menyahut seruan murni kerajaan dalam melahirkan modal insan yang kompeten, BADAR telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KPP pada kali ini.
Tujuan utama KPP ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada warga UTeM terutamanya mahasiswa tentang alam perkahwinan yang mana fasa tersebut bakal dilalui oleh semua mahasiswa UTeM selepas tamat pengajian kelak dan hal ini akan memberikan kesan yang positif dalam usaha membentuk sahsiah warga UTeM yang semakin membimbangkan ke arah yang lebih baik.
Program ini juga bertujuan untuk memberikan kefahaman dan panduan dalam menjalani kehidupan di alam perkahwinan yang bukan sahaja bakal ditempuh oleh mahasiswa UTeM khususnya bahkan semua lapisan masyarakat di dalam mahupun di luar kampus. Selain itu, KPP ini boleh dijadikan sebagai salah satu wadah untuk menjalinkan ukhuwah yang berkekalan antara sesama warga UTeM dan warga luar yang turut sama memberikan galakan dalam menjayakan kursus ini.
Turut bersama YDP BADAR, Mohd Khairul Hafizan Bin Ne'mat dan Ybhg Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar Bin Muhamad Diah ,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM merasmikan majlis penutupan kursus Pra Perkahwinan ini.Diharap Kursus ini dapat diteruskan dimasa akan datang.
Turut bersama YDP BADAR, Mohd Khairul Hafizan Bin Ne'mat dan Ybhg Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar Bin Muhamad Diah ,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM merasmikan majlis penutupan kursus Pra Perkahwinan ini.Diharap Kursus ini dapat diteruskan dimasa akan datang.
Firman Allah S.W.T.
"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
Diharapkan akan adakan lagi kursus perkahwinan dalam masa terdekat sebab ramai yang masih menunggu giliran....
ReplyDelete