Followers

Wednesday, May 16, 2012

DARI KACAMATA NIK AMRUZ( NYDP 1) : PEMIMPIN MAHASISWA


Alhamdulillah pada 5 Mei 2012 yang lepas, MPP UTeM dengan kerjasama Exco Fakulti dan Kolej Kediaman BADAR UTeM telah menganjurkan satu program yang khusus dalam membentuk kepimpinan mahasiswa yang bertempat di Dewan Konvensyen FPTT Kampus Bandar.Program yang bertajuk “I Walk My Talk” telah menjemput  NTT Training &Consultancy yang berkemahiran dalam membentuk sifat kepimpinan dan mengenali potensi dalam diri mahasiswa. Konsultan ini telah menyampaikan ‘talk’ di serata Malaysia. Penceramah, Cik Puan Masturah Mansor telah menyampaikan ‘talk’ dan diselangi dengan beberapa modul telah berjaya menarik minat para peserta, ajk program dan beberapa wakil daripada MPP UTeM seperti YDP MPP iaitu Saudara Ahmad Saufi bin Ahmad Jawahir. Antara ‘talk’ yang disampaikan lebih banyak menyentuh ciri – ciri seorang pemimpin dan komunikasi seorang pemimpin. Diharap program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi memupuk sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa yang semakin terhakis dari masa ke semasa.

Kepimpinan kelas pertama merujuk kepada amalan terbaik pemimpin yang melebihi daripada kebiasaan dari segi pengurusan minda, emosi, dan tatakelakuan. Amalan-amalan ini seterusnya dapat mempengaruhi dan merangsang kumpulan untuk berusaha secara ikhlas bagi mencapai   visi, misi dan matlamat bersama. Hal ini penting untuk diterapkan dalam diri mahasiswa kerana mereka merupakan tunjang negara dan bakal pemimpin bagi generasi akan datang. Kekurangan sifat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa UTeM khususnya akan menyebabkan mereka tidak berani memberi pendapat dan menonjol ke hadapan bila menempuh ke alam perkerjaan. Jadi, dengan program yang dilaksanakan oleh MPP UTeM diharap dapat membentuk sifat kepimpinan dan memberi kesedaran dalam diri mahasiswa.
Dalam Islam telah menekankan perlunya ciri – ciri pimpinan dalam setiap individu muslim. 

Dalam firman ALLAH SWT, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)

Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti." Oleh yang demikian, setiap individu muslim mesti memupuk dan mengasah sifat kepimpinan sebagai salah satu cabang dalam dakwah umum itu sendiri kerana berdakwah adalah wajib bagi semua individu yang memeluk agama Islam.

Sahabat mahasiswa sekalian, seorang individu muslim adalah pemimpin dan setiap pemimpin pasti akan dipertanggungjawabkan dengan amanah. Amanah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh individu muslim. 

Firman ALLAH swt, Sesungguhnya Kami telah menyampaikan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya. Dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (QS al-Ahzâb [33]: 72).

Oleh yang demikian, kita sebagai individu muslim haruslah sentiasa muhasabah adakah kita telah laksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan atau telah berusaha sebaik mungkin. Semoga kita semua dijauhkan dari golongan yang zalim dan bodoh seperti yang dimaksudkan dalam surah al-Ahzab dan telah berjaya melaksanakan amanah yg terpikul di bahu kita atas kapasiti individu muslim.Rata – rata mahasiswa masa kini berpendapat bahawa mereka tidak layak memimpin atau tidak berminat untuk memimpin. Namun, sedarlah wahai mahasiswa bahawa kita semua dipimpin untuk memimpin pada masa akan datang. Sampai bilakah kita mahu dipimpin? Tidak ada manusia yg dilahirkan dalam dunia ini tidak mempunyai kebolehan untuk memimpin. Hal ini dibuktikan dalam firman ALLAH swt, 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
 (Surah al- Baqarah ayat 286).

Sedarlah wahai mahasiswa, kalau bukan kita yang memimpin pada masa akan datang, siapa? Kalau bukan sekarang masa untuk belajar dan mengumpul pengalaman mengenai kepimpinan di alam kampus, bila? Wallahu’alam.

Dari kacamata
Nik Amruz bin Nik Abd Rahman,
NYDP 1,
Badar UTeM

1 comment:

  1. ucapan yg simple dan sgt menarik...
    sy sndiri salah seorg peserta yg telah hadirkn diri ke program 'I Walk My Talk' haritu. Terkelu lidah seketika apabila menyaksikan kehebatan yg Allah kurniakan pd cik puan Masturah..beliau sgt hebat dan sgt berkebolehan. sy mencadangkn supaya BADAR menjemput lg cik puan Mastura dlm progrm2 seterusnya demi melahirkn insan yg lebih berciri kepimpinan dan bersikap profesional.. ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...