Followers

Wednesday, October 1, 2014

Karnival Penghayatan Islam Ke-5 Melabuhkan Tirainya

Assalamu’alaikum w.t.b

Alhamdulillahirabbil ‘alamin, pertama dan selamanya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t diatas kesempatan ini masih lagi diberi ruang dan peluang kepada kita untuk beribadah kepadaNYA. Alhamdulillah dengan kesempatan masa yang diberikan ini juga, kita masih lagi dapat meneruskan perjuangan Rasullullah s.a.w.

Forum Pergi Tiada Pengganti menandakan berakhirnya KPI-5 anjuran BADAR UTeM dan HEPA

Program terakhir Forum Pergi Tiada Pengganti yang dipanelkan oleh Pencetus Ummah Hafiz dan Imam Muda Nazrul menandakan berakhirnya Karnival Penghayatan Islam ke-5 anjuran Badan Dakwah dan Rohani dengan kerjasama HEPA.Semoga di tahun-tahun yang mendatang,penyertaan para mahasiswa mahasiswi akan lebih menggalakkan..In Shaa Allah.

Kemeriahannya sungguh terserlah
Forum Pergi Tiada Pengganti menandakan berakhirnya KPI-5 anjuran BADAR UTeM dan HEPA

Forum yang bertempat di Tapak Konvo ini  menerima jumlah pengunjung yang agak menggalakkan dalam usaha membawa semangat Rasulullah SAW ke dalam diri mahasiswa mahasiswi terutamanya yang baru sahaja bergraduasi.Tahniah kepada mereka,semoga semangat dan amalan Rasulullah SAW dapat dibawa oleh mereka di alam pekerjaan dan alam kehidupan yang lebih mencabar di luar sana mahupun mereka yang akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Walaupun Rasulullah SAW sudah lama pergi,tapi adakah itu bermakna kita tidak boleh mengikut dan mengamalkan apa yang Rasulullah buat..Jangan kita sia-siakan kesusahan,keperitan baginda membawa ajaran sebenar umat manusia kepada kita.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi.

Di kesempatan ini,saya mewakili semua ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan penggerak yang bersusah payah merancang dari awal,datang awal untuk menguruskan program dan meluangkan masa mereka bagi memastikan karnival kali ini berlangsung dengan jayanya.Tidak lupa juga kepada HEPA,Pusat Islam dan kelab persatuan yang telah memberi kerjasama yang baik untuk kelangsungan karnival kali ini.Kepada pengunjung terutamanya daripada kalangan mahasiswa mahasiswi yang sudi datang bagi menyokong dan memeriahkan program anjuran BADAR ini di samping menimba ilmu melalui program yang dijalankan,terima kasih yang teramat...kami amat menghargainya

Di kala BADAR menganjurkan karnival ini,semoga objektif-objektif yang telah ditetapkan tercapai..

In Shaa Allah pelbagai program bakal menjengah anda pada Karnival Penghayatan Islam kali ke-6..Nantikannya


Galeri Karnival Penghayatan Islam ke-5


Sepanjang KPI 2014 ini, sudah pasti adanya kekurangan dan kekhilafan daripada pihak kami. Untuk itu, saya bagi pihak ahli jawatankuasa KPI memohon maaf di atas segala kekurangan.

Semoga bertemu lagi di KPI 2015. Sekian, With Ukhuwah We Care. 

Artikel berkaitan:


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...