Followers

Tuesday, January 8, 2013

:: Penyakit wahn ::


cuba bayangkan, bagaimana sekumpulan manusia
yang kelaparan diberikan satu talam makanan yang penuh dengan lauk pauk yang enak?




Pasti mereka akan makan dengan penuh rakus dan berselera. Masing-masing mencapai setiap lauk tanpa mempedulikan orang yang memerhatikan telatah mereka. Tiada malu dan segan, mereka terus menerkam ke segenap inci talam untuk memenuhi nafsu laparnya.




Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :“Hampir tiba suatu zaman apabila pelbagai bangsa dari dunia ini berkumpul mengerumuni kamu seperti orang kelaparan mengerumuni makanan.

Lantas para sahabat bertanya: “Adakah situasi ini disebabkan jumlah kami sedikit ketika itu?”

Baginda menjawab: “ Kamu ramai, tetapi kamu (umat islam) seperti buih di lautan dan Allah pasti akan mencabut perasaan gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh Islam serta Allah akan melontarkan ke dalam hati-hati kamu penyakit wahn.”

Para sahabat bertanya lagi: “Apakah penyakit wahn tersebut wahai Rasulullah?”

Baginda menjelaskan:”Penyakit wahn ialah kamu terlalu cintakan dunia dan sangat takutkan mati.”
                       
(Riwayat Ahmad, no.278 dan Abu Daud, no.4279)

Demikianlah perumpamaan Rasulullah S.A.W berkenaan umat islam di akhir zaman.
Hadis ini adalah mukjizat Baginda dalam membicarakan perkara akan datang kerana sewaktu diungkapkan, umat Islam berada dipuncak kegemilangan. Musuh-musuh dari dalam dan luar Madinah menyimpan perasaan gerun di lubuk hati mereka setelah melihat peperangan demi peperangan diungguli oleh para sahabat.





Begitu juga generasi sahabat yang ditarbiah oleh Rasulullah S.A.W., mereka sentiasa mengimpikan mati syahid sebagai jalan pintas untuk mencapai nikmat syurga yang dijanjikan oleh baginda S.A.W.

Terdapat sejumlah besar dalam kalangan sahabat yang berjaya dalam perniagaan sehingga menjadi tokoh yang kaya raya, tetapi kekayaan tersebut hanyalah di tangan mereka. Hati mereka tetap terpelihara daripada dijangkiti virus cinta dunia.




REALITI HARI INI

Jumlah umat Islam amat ramai, bahkan boleh dikatakan terdapat ramai yang beragama Islam dikebanyakan negara di seluruh pelosok bumi sama ada di benua Asia, Afrika, Eropah mahupun Amerika. Islam juga dianggap agama yang amat pesat berkambang pada abad ini. Ada negara yang keseluruhan penduduknya beragama Islam dan tidak kurang juga negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Malangnya, kita menyaksikan pelbagai bentuk serangan meragut nyawa puluhan ribu umat Islam sepanjang abad ini. Pembunuhan umat Islam di Palestin, Bosnia, Afghanistan, Chechen, Kashmir, Iraq, Libya, Syria, Myanmar, Selatan Thai, Filipina dan pelbagai tempat lagi di muka bumi ini sangat tidak berperikemanusiaan.



Lihat saja bumi Palestin, walaupun berjiran dengan negara Islam mereka terus dikepung, dibedil dan diserang sewenang-wenangnya oleh tentera Yahudi yang bergabung demi menghancurkan Islam dan umat Islam.

Tindakan tidak berperikemanusiaan ini dilakukan tanpa menghiraukan nilai kemanusiaan dan undang-undang seumpama manusia kelaparan menerkam hidangan makanan mereka dengan rakus. Tanpa rasa bersalah dan malu, hidangan tersebut terus dibaham walaupun tangisan anak kecil dan insan lemah kedengaran.

PEMUDA PALESTIN VS PEMUDA YAHUDI

Sheikh Wahid bin Abdul Salam bin Bali menceritakan bahawa seorang anak muda Palestin berkata kepada seorang pemuda Yahudi:


“Kami akan memerangimu dan mengalahkanmu sehingga kamu akan lari dan bersembunyi di sebalik pokok dan batu. Lantas pokok dan batu akan memberitahu bahawa kamu sedang bersembunyi di belakang. Kami sangat yakin kerana ia diberitahu oleh Rasulullah S.A.W.”



Pemuda Yahudi tersebut menjawab:


“Kami juga mengetahuinya kerana ia memang tercatat dalam kitab kami. Tetapi hari ini kami tidak gentar kerana dalam kitab kami menyatakan bahawa pokok dan kayu yang bercakap dengan golongan muslim tersebut ialan generasi umat Islam yang jemaah solat subuhnya seramai solat Jumaat. Kami tidak gentar kerana generasi tersebut masih belum muncul!”

sumber [solusi isu 51]

Ikhlas daripada Biro Penerbitan dan Penerangan BADAR 12/13

Wednesday, January 2, 2013

MAHASISWA CAKNA ISU SYRIA.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Prof. Dr. Syeikh Muhammad Ali As-Soubuni, Pengerusi Ulama' Syria.


"Setiap ummat Islam hari ini perlu memahami maksud sebenar-benar jihad." 

Begitulah kata-kata Syeikh Ulama' dari Syria, Prof. Dr. Muhammad Ali As-Soubuni hari ini menyeru kepada setiap ummat Islam untuk memahami maksud sebenar-benar jihad di jalan Allah supaya kita sentiasa cakna dengan isu-isu permasalahan ummat di negara-negara yang lain untuk menghulurkan bantuan kepada ummat Islam khusus di negara Syria yang mengalami pergolakan di bawah pimpinan Bashyar Assad, laknatullahi Alaih.

Beliau berkata, bahawa hari ini Ummat Islam di Syria amat dalam keadaan yang getir kerana sering ditekan oleh pimpinan Bahsyar Assad, yang memaksa mereka mengakui bahawa Bashyar Assad adalah Tuhan yang layak disembah dan tiada Tuhan selain dia. Nauzubillahminzalik. 

Bashyar juga membunuh lebih ramai Ummat Islam yang berakidahkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di Syria yang tidak mengaku bahawa beliau merupakan Tuhan yang layak disembah dan tiada Tuhan selain dia. Penekanan seperti ini perlu diperhatikan oleh setiap Ummat Islam khusus kepada golongan muda seperti mahasiswa-mahasiswa Universiti untuk sedar dan sama-sama bangkit dan membantu rakyat Syria agar menentang kezaliman yang dilakukan oleh Bashyar Assad kepada rakyat-rakyatnya.

Gambar seorang kanak-kanak Syria berkecai mulut akibat ditembak oleh tentera Bashyar Assad.

Kekejaman dan kezaliman terhadap ummat Islam di Syria hari ini semakin menjadi-jadi oleh Bashyar Assad dan dibantu oleh puak-puak Syiah. Mereka jugalah yang menjadi dalang dalam membantu pimpinan Bashyar Assad dengan memberikan bantuan senjata, peluru dan kewangan dalam menekankan Ummat Islam di Syria hari ini.

Maka, adakah kita sebagai golongan mahasiswa-mahasiswi akan hanya berpeluk tubuh dan tidak ingin ambil peduli tentang ummat Islam yang lain?

Persoalan ini perlulah dipertanamkan dalam setiap ummat Islam khusus kepada golongan mahasiswa yang sentiasa cakna dengan Masalah Ummatnya.

Rasulullah SAW telah bersabda,

"Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang ummat Islam yang lain, maka dia bukanlah dari kalangan mereka."

[Hadis Riwayat Thabrani]

Wallahu'alam.

"Jadilah mahasiswa yang sentiasa cakna dan mengambil berat dengan isu permasalahan Ummat."
Ikhlas daripada Exco Penerbitan dan Penerangan BADAR UTeM.

Tuesday, January 1, 2013

Jom Jadi Hamba Allah yang Bersyukur pada Tahun Baru!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!


Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana kita masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk hidup mewarnai dan mencorak kehidupan kita di dunia ini sebagai khalifah. Bersyukur juga kita kepada Allah SWT sentiasa memberikan nikmat yang besar kepada kita iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM dan pelbagai lagi nikmat. Alhamdulillah!

Kenapa perlu bersyukur dengan nikmat kedatangan tahun baru?


Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Hari ini, Allah sentiasa mencari hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur kepadaNya untuk ditambahkan lagi nikmat kepada mereka.  

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu BERSYUKUR, nescaya Aku akan MENAMBAH (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."

[Surah Ibrahim ayat 7]

Jadi, marilah kita ucapkan 'Alhamdulillah' sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah atas segala kurniaanNya kepada kita.

Tapi cukup ke sekadar mengucapkan ALHAMDULILLAH sahaja sebagai sambutan tahun Baru?



Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Selain daripada dia mengucapkan Alhamdulillah, tanda orang-orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah, adalah apabila dia menggunakan segala nikmat yang dikurniakan kepadanya kerana Allah SWT. Sebagai contoh, hari ini, dia menggunakan harta atau wang yang dia kepada jalan Allah SWT seperti perbanyakkan sedekah, menyumbangkan kepada fakir miskin, membantu rakan-rakan, itu juga termasuk kepada tanda dirinya bersyukur kepada nikmat Allah SWT.

Cara lain hendak bersyukur kepada Allah?


Selain itu, antara tanda bersyukur seseorang itu kepada Allah SWT, adalah dengan dia sentiasa tajdid dan memperbaharui IMAN nya kepada Allah SWT. Dia akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh memperbaharui segala amalannya tahun lalu, supaya menjadi lebih pada tahun ini. InShaAllah.

Akhir kata, sentiasalah kita bersyukur nikmat kehidupan tahun baru kepada Allah, kerana sesungguhnya kepada Dia sahaja-lah yang kita layak bersyukur. Semoga sentiasa menjadi Mahasiswa yang bersyukur kepada Allah.

Wallahu'alam.

"Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi setiap orang yang beriman."

[Surah Az-Zariyat ayat 55]


Ikhlas daripada Biro Penerbitan dan Penerangan  BADAR 12/13

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2013 - YDP BADAR UTeM

Assalamualaikum wbt.


Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi,
Dengan Peralihan Digit 2012 kepada 2013 bahkan kita selaku Mahasiswa UTeM pula sedang bertungkus lumus bagi mempersiapkn diri untuk bagi mengahadapi "Final Exam" yang tidak lama lagi akan bermula. 

Oleh itu, marilah kita Koreksi diri ini sejauh manakah sumbangan kita untuk manfaat kepada orang lain seperti ibu bapa, masyarakat bahkan juga kepada rakan-rakan sekelas kita yang sentiasa hampir dengan kita.

Sahabat-sahabat sekalian,
Dalam mengharungi onak kehidupan sebagai Mahasiswa, tidak dapat tidak, kita tidak lari daripada melakukan dosa dan lalai daripada mengingatinya, bahkan kita sebagai manusia ini pula merupakan kehidupan yang dijadikan daripada setitis air mani yang hina. Lebih hina lagi, diri ini sering alpa daripada mengingatiNya di samping meletakkan ketaqwaan yang tinggi kepada Allah SWT.

Namun, rahmat Allah kepada Hambanya melebihi apa yang disangka oleh kita sendiri bahkan tidak terhitung oleh akal manusia untuk menilainya. Walaupon dosa kita setinggi gunung sekalipun,  Dia(Allah) tetap menerima taubat hambaNya walau dosa seberat zarah sekalipun. Kerana itu lah senjata yang kita ada sebagai orang muslim di atas muka bumi ini.
Sabda Nabi Muhammad SAW,

"Doa itu senjata orang beriman, tiang agama serta cahaya bagi langit dan bumi."

Allah juga berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

Tuhan kamu berkata: "Mintalah daripada-Ku nescaya Aku perkenankan permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada mengabdikan diri kepada-Ku, mereka akan masuk ke dalam Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina." 

[Surah Ghafir,60]

Oleh itu, teruskanlah usaha sahabat-sahabat di samping meletakkan kepadaNya dalam mengapai keputusan yang cemerlang kepada Ummah. Di samping itu, hubungan dengan Allah dan manusia kita tidak abaikan samada sebelum,ketika mahupun selepas kita berusaha bagi mencapai sesuatu matlamat itu.

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin

Selamat Tahun Baru Diucapkan Kepada Mahasiswa UTeM.

Ikhlas daripada YDP BADAR 12/13





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...